NATIONAL
Pembantu Indonesia dilayan macam hamba, tidak dibayar gaji diselamatkan

Antara pembantu rumah warga Indonesia yang diselamatkan dalam serbuan di sebuah asrama pekerja dekat Shah Alam pada Jumaat.
SHAH ALAM: Tidak pernah menerima gaji antara enam bulan hingga dua tahun sepanjang bekerja antara nasib dialami 17 pembantu rumah warga Indonesia sebelum diselamatkan dalam operasi di sebuah rumah, dekat sini pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Serbuan oleh Bahagian D3 Atipsom Bukit Aman berjaya menyelamatkan 17 wanita Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia di sebuah rumah dekat sini pada Jumaat lalu.
- Wanita-wanita tersebut, berumur antara 25 hingga 45 tahun, bekerja sebagai pembantu rumah tanpa menerima gaji antara enam bulan hingga dua tahun dari majikan mereka.
- Tiga lelaki tempatan yang termasuk majikan dan penyelia juga ditahan dalam operasi tersebut, yang disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.
"Serbuan dijalankan berjaya menyelamatkan 17 wanita dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia eksploitasi buruh paksa.
"Kesemua mereka berumur antara 25 tahun sehingga 45 tahun merupakan pembantu rumah," katanya pada Sabtu.
Katanya, selain itu tiga lelaki warga tempatan berumur antara 31 tahun sehingga 40 tahun turut ditahan dalam serbuan berkenaan.
"Siasatan mendapati ketiga-tiga suspek ini terdiri daripada majikan dan penyelia yang berperanan mengambil dan menghantar mangsa-mangsa ke tempat kerja.
"Selain itu, siasatan dijalankan mendapati mangsa-mangsa telah bekerja antara enam bulan sehingga dua tahun dengan majikan mereka selain mendakwa tidak pernah menerima sebarang bayaran gaji," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami