awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu kedai didenda RM7,000 hantar video lucah kepada bekas teman wanita

Bernama
Bernama
26/07/2023
10:28 MYT
Pembantu kedai didenda RM7,000 hantar video lucah kepada bekas teman wanita
Muhammad Iqyyum didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang lucah sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain menggunakan aplikasi WhatsApp. - Gambar hiasan
BANDAR PERMAISURI: Seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Setiu di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan hantaran video lucah kepada bekas teman wanitanya tahun lepas.
Hakim Ahmad Fadhli Mahmud menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Iqyyum Basri, 25, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksima setahun atau kedua-duanya sekali dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Iqyyum didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang lucah sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain menggunakan aplikasi WhatsApp.
Video itu kemudiannya dilihat pada 8 Mac 2022, pukul 8.24 malam di No. 40, Kampung Padang Serai, Guntong di sini.
Hakim turut memerintahkan supaya tertuduh yang berasal dari Senawang, Negeri Sembilan dipenjara tiga bulan jika tidak membayar denda dikenakan, namun tertuduh membayar denda berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Siti Hajar Sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video lucah
#bekas kekasih
#keputusan mahkamah
#hukuman denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan