MALAYSIA
Pembantu kedai makan maut dilanggar pemandu kereta positif dadah
Pemandu kereta yang cedera ringan didapati positif dadah jenis kanabis dan ditahan bagi siasatan lanjut. -Foto PDRM
SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki positif dadah jenis kanabis di Kilometer 23 Jalan Seremban-Kuala Pilah semalam.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata dalam kejadian pada 11.10 malam itu, lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun dari arah Seremban menuju ke Felda Keratong dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Mangsa yang dalam perjalanan ke rumah di Senawang tidak sempat mengelak kereta tersebut sebelum dirempuh," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemandu kereta cedera ringan dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis kanabis sebelum ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang penunggang motosikal meninggal dunia selepas dilanggar kereta dipandu oleh lelaki positif dadah jenis kanabis di Kilometer 23 Jalan Seremban-Kuala Pilah.
- Ketua Polis Daerah Kuala Pilah mengesahkan kejadian tersebut melibatkan lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.
- Pemandu kereta yang cedera ringan didapati positif dadah jenis kanabis dan ditahan bagi siasatan lanjut mengikut undang-undang berkaitan.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata dalam kejadian pada 11.10 malam itu, lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun dari arah Seremban menuju ke Felda Keratong dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Mangsa yang dalam perjalanan ke rumah di Senawang tidak sempat mengelak kereta tersebut sebelum dirempuh," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemandu kereta cedera ringan dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis kanabis sebelum ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan akhir siasatan awal mengenai kemalangan tersebut?
A: Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak. - Q: Siapakah yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Seremban-Kuala Pilah?
A: Kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal berusia 28 tahun dan pemandu kereta berusia 23 tahun yang positif dadah jenis kanabis. - Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap pemandu kereta yang positif dadah?
A: Pemandu kereta yang positif dadah jenis kanabis telah ditahan bagi siasatan lanjut mengikut undang-undang berkaitan.