MALAYSIA
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
Polis berkata, mangsa yang berusia 18 tahun telah dihubungi oleh seorang individu yang memaklumkan bahawa remaja lelaki itu memenangi hadiah wang tunai. - Foto hiasan
KUALA BERANG: Seorang pembantu kedai perkakasan kerugian sebanyak RM56,600 selepas diperdaya sindiket tawaran hadiah wang tunai.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata pada 24 Dis lepas, mangsa yang berusia 18 tahun telah dihubungi oleh seorang individu yang memaklumkan bahawa remaja lelaki itu memenangi hadiah wang tunai.
Beliau berkata bagaimanapun, untuk mendapatkan hadiah tersebut, mangsa diminta membayar sejumlah wang terlebih dahulu, yang didakwa akan dikembalikan bersama-sama hadiah yang dijanjikan.
"Lelaki tersebut yang terperdaya telah membuat empat kali bayaran berjumlah RM56,600 dalam tempoh 24 hingga 25 Dis lepas.
"Mangsa menyedari ditipu setelah suspek lelaki itu terus mendesaknya supaya memasukkan wang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Sharudin berkata mangsa membuat laporan polis petang semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA

#pembantu kedai perkakasan
#kerugian
#sindiket tawaran hadiah wang tunai
#Polis Daerah Hulu Terengganu