NATIONAL
Pembantu perubatan didakwa curi lori jana kuasa
Seorang pembantu perubatan didakwa atas pertuduhan mencuri sebuah lori jana kuasa bergerak di sebuah syarikat pembekal peralatan industri. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang pembantu perubatan di sebuah klinik kesihatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah lori jana kuasa bergerak di sebuah syarikat pembekal peralatan industri di sini, tahun lepas.
Ringkasan AI
Asrul Azwan Yunus, 46, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan mencuri sebuah lori jana kuasa bergerak jenis Nissan UD di sebuah stor simpanan syarikat berkenaan pada 11 malam hingga 4 pagi, 19 Julai 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun hingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Naabil Mohamed Asri manakala tertuduh diwakili peguam Nik Saiful Adli Burhan.
Terdahulu, Ahmad Naabil mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun Nik Saiful Adli memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM5,000 kerana tertuduh perlu menanggung seorang isteri dan dua anak masih bersekolah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pertuduhan terhadap pembantu perubatan: Seorang pembantu perubatan, Asrul Azwan Yunus, didakwa mencuri sebuah lori jana kuasa bergerak jenis Nissan UD di sebuah stor simpanan syarikat pembekal peralatan industri pada 19 Julai 2024.
- Proses mahkamah dan jaminan: Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin, selepas rayuan dibuat untuk mengurangkan jumlah jaminan kerana tanggungjawab keluarga.
- Sebutan semula kes: Kes akan disebut semula pada 8 Julai 2025 untuk tindakan lanjut di Mahkamah Majistret.
Asrul Azwan Yunus, 46, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan mencuri sebuah lori jana kuasa bergerak jenis Nissan UD di sebuah stor simpanan syarikat berkenaan pada 11 malam hingga 4 pagi, 19 Julai 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun hingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Naabil Mohamed Asri manakala tertuduh diwakili peguam Nik Saiful Adli Burhan.
Terdahulu, Ahmad Naabil mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun Nik Saiful Adli memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM5,000 kerana tertuduh perlu menanggung seorang isteri dan dua anak masih bersekolah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA

#pembantu perubatan
#curi sebuah lori jana kuasa bergerak
#syarikat pembekal peralatan industri
#Kota Bharu