KLUANG: Seorang pembantu pegawai perubatan maut selepas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam di sini pada Selasa.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam itu, mangsa dikenali sebagai Aidil Hamidun, 27 meninggal dunia di lokasi kejadian.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Razali berkata, ambulans berkenaan dalam perjalanan membawa tiga pesakit dari Machap ke Hospital Kluang.
"Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Renggam dan Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan itu turut menyebabkan berlaku kebakaran kecil pada bahagian hadapan ambulans. Bagaimanapun ia dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api," katanya menerusi kenyataan.
Menurut Abd Rahim, pemandu ambulans, Othman Ghafan, 50, dan seorang pesakit wanita yang juga pesakit cedera parah.
Katanya, dua lagi penumpang terdiri lelaki warga emas dan wanita cedera ringan manakala pemandu lori treler berusia 35 tahun dilaporkan selamat.
"Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hopital Kluang. Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada jam 9.24 malam," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 07 2021
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya di Jalan Ayer Hitam Batu 49 Simpang Renggam, Kluang pada Selasa. -Foto JBPM
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Pembantu perubatan maut nahas ambulans dengan treler
Pemandu ambulans dan seorang pesakit wanita yang juga pesakit cedera parah.