awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu tadbir pejabat tanah mengaku tidak bersalah terima rasuah

Bernama
Bernama
26/06/2024
11:20 MYT
Pembantu tadbir pejabat tanah mengaku tidak bersalah terima rasuah
Noor Aliza Hamin, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Datuk Anita Harun. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang pembantu tadbir Pejabat Daerah dan Tanah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM7,880 membabitkan urusan permohonan pecah bahagian tanah dua tahun lepas.
Noor Aliza Hamin, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.
Dia didakwa menerima suapan berjumlah RM3,700 dan RM4,180 masing-masing pada 19 Mei dan 19 Sept 2022 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya sebagai dorongan untuk memproses pecah bahagian tanah atas geran milik seorang penama lelaki.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Sungai Besar, Selangor.
Noor Aliza yang tidak diwakili peguam dituduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Aliff Shaharuzaman yang mengendalikan prosiding menawarkan Noor Aliza diikat jamin RM10,000 berserta syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Dia juga diarah supaya tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.
Noor Aliza dalam rayuannya memohon supaya mahkamah membenarkan ikat jamin dengan jumlah yang minimum mengambil kira dirinya yang sedang menjalani rawatan bagi masalah fibroid.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Noor Aliza diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara dan perlu melaporkan diri ke Pejabat SPRM Kuala Selangor selain memerintahkan dia mematuhi syarat tambahan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Julai depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pejabat tanah
#kes rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan