awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembatalan proklamasi darurat di Sarawak berkuat kuasa 3 November

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
04/11/2021
04:55 MYT
Pembatalan proklamasi darurat di Sarawak berkuat kuasa 3 November
Penarikan proklamasi darurat di negeri Sarawak telah diwartakan pada 3 November 2021 susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu - Foto/Bernama
KUCHING: Penarikan proklamasi darurat di negeri Sarawak telah diwartakan pada 3 November 2021 susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu.
Perkara itu disahkan mengikut Warta Kerajaan Persekutuan Proklamasi Darurat (Sarawak) (Pembatalan 2021) dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada Rabu.
Pembatalan Darurat (Sarawak) dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong mengadakan rundingan dengan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Menurut warta tersebut baginda berpuas hati bahawa keperluan Proklamasi Darurat (Sarawak) itu telah berakhir dan suatu tindakan untuk membatalkan Proklamasi Darurat itu adalah dikehendaki.
"Maka oleh yang demikian Seri Paduka Baginda dengan Kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi Negeri-Negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya sebagaimana yang tersebut di atas, setelah berunding dengan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri Sarawak menurut subseksyen 2(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 [P.U. (A) 324/2021], membatalkan Proklamasi Darurat (Sarawak)."
Warta berkenaan dikeluarkan berdasarkan peruntukan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Istana Negara pada tarikh yang sama.
Turut dinyakan didalam warta tersebut ialah Yang di-Pertuan Agong pada 29 Julai 2021 mengisytiharkan Darurat di Sarawak sehingga 2 Februari 2022 berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu COVID-19 yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam.
Ia bagi menghalang daripada terus merebaknya COVID-19 jika suatu pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sarawak diadakan, Proklamasi Darurat (Sarawak) [P.U. (A) 323/2021] telah dikeluarkan oleh Seri Paduka Baginda di bawah Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 29 Julai 2021.
Topic Berkaitan
#Proklamasi Darurat
#Sarawak
#Yang di-Pertuan Agong
#pilihan raya negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan