NATIONAL

Pembayaran i-Citra bermula 2 Ogos

Azyyati Ahmad 23/07/2021 | 04:03 MYT
Pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah diminta untk menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Bayaran i-CITRA akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini.

Pengumuman itu dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam ciapan terbaharunya hari ini.

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa 1 sehingga 3 hari mengikut prosedur bank masing-masing.

Pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah juga diminta untk menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun.

Sementara itu bagi bayaran secara arahan, ahli akan menerima notis pengambilan atau akan dihubungi oleh cawangan KWSP.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebelum ini permohonan pengeluaran i-Citra dibuka mulai 12 Julai lalu melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

Bayaran bagi i-Sinar untuk bulan Ogos pula akan diawalkan pada 26 dan 27 Julai, dan pengkreditan akan mengambil masa 1 sehingga 5 hari mengikut prosedur bank.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#KWSP #EPF #bank #i-sinar #i-citra #i-Akaun