MALAYSIA

'Pembebasan ini bukti Eda Ezrin tidak bersalah' - Bapa

Sinar Harian 06/08/2025 | 09:51 MYT
Wan Ismail (kanan) bersyukur atas pembebasan anaknya dari Penjara Narathiwat selepas sembilan bulan. -Sinar Harian
KOTA BHARU: "Pembebasan Eda Ezrin hari ini (Rabu) membuktikan dia tidak bersalah."


Ringkasan AI
  • Wan Ismail Wan Yusuf meluahkan rasa syukur atas pembebasan anaknya, Eda Ezrin, dari Penjara Narathiwat selepas sembilan bulan ditahan.
  • Beliau menyatakan kesukaran yang dialami keluarga sepanjang tempoh penahanan dan belum memaklumkan berita gembira itu kepada dua anak Eda.
  • Keluarga merancang untuk mengadakan kenduri dan tahlil kesyukuran di masjid berdekatan rumah pada malam Khamis.


Demikian luah Wan Ismail Wan Yusuf, 52, bapa kepada penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30.

Menurut dia, selepas mengetahui anak sulungnya itu bebas pada jam kira-kira 2.20 petang Rabu, air mata jatuh berguguran tanpa henti.

"Alhamdulillah, sembilan bulan kami berada dalam keadaan yang sukar digambarkan memikirkan dia ditahan di Penjara Pusat Narathiwat.

"Hari ini Eda Ezrin dibebaskan. Saya belum memaklum lagi kepada dua anaknya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Wan Ismail memberitahu, mereka akan mengadakan kenduri serta tahlil kesyukuran di masjid berdekatan rumah pada malam Khamis. -Sinar Harian







#Eda Ezrin #Wan Ismail Wan Yusuf #Penjara Narathiwat #kenduri dan tahlil kesyukuran