awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembekal jual ayam melebihi harga kawalan disiasat

Bernama
Bernama
16/04/2023
07:34 MYT
Pembekal jual ayam melebihi harga kawalan disiasat
KPDN telah membuka kertas siasatan termasuk meneliti invois jualan ayam kepada peruncit terlibat. - Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Lima pembekal ayam di sekitar Tampoi di Johor Bahru sedang disiasat kerana dipercayai menjual ayam kepada peruncit melebihi harga kawalan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuka kertas siasatan termasuk meneliti invois jualan ayam kepada peruncit terlibat.
"Kita kesan perkara ini sejak tiga minggu lepas dan dipercayai ayam tersebut dijual melebihi harga kawalan iaitu RM8.10 sekilogram," katanya pada sidang media selepas Program Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Peringkat Negeri Johor di Mydin Mall Mutiara Rini di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo.
Lee berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya terdapat aduan ayam di negeri ini dijual melebihi harga kawalan.
Katanya selain itu, lima peruncit di Johor Bahru turut dikenakan kompaun kerana menjual ayam melebihi harga kawalan di peringkat peruncit iaitu RM9.40 sekilogram.
Sementara itu, Lee berkata kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Persekutuan akan mengadakan Jualan Rahmah di kesemua 26 kawasan Parlimen pada Mei depan.
Beliau berkata inisiatif yang dijalankan di seluruh negara itu memanfaatkan rakyat dengan potongan harga barangan keperluan asas dari 15 sehingga 20 peratus.
"Lokasi pasar raya dan kedai runcit terlibat akan sentiasa berubah dan Jualan Rahmah ini diadakan dua kali sebulan di setiap Parlimen," katanya.
Berhubung bekalan ayam di Johor, beliau berkata setakat ini bekalan adalah mencukupi, dan seramai 200 penguat kuasa akan melakukan pemantauan sepanjang SHMMP dilancarkan di seluruh negara bermula semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harga Ayam
#pembekal disiasat
#Johor
#hari raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan