KOTA BHARU: Pengehadan bekalan ayam oleh pembekal dan pemborong di kawasan sekitar didakwa sebagai punca menyebabkan bekalan ayam di pasar-pasar dan gerai sekitar bandar termasuk di Pengkalan Chepa berkurangan.
Tinjauan Bernama hari ini di beberapa pasar dan gerai ayam di sekitar daerah ini mendapati harga bahan mentah itu turut melambung tinggi sehingga dijual pada harga RM10.30 sekilogram, sekali gus mencatatkan harga pasaran tertinggi sepanjang tahun ini.
Seorang peniaga Mohd Nazuwan Nazari, 25, berkata kekurangan bekalan ayam berlaku sejak beberapa hari lalu, disebabkan jumlah ayam yang diperoleh daripada pembekal dan pemborong telah dihadkan.
Katanya jika sebelum ini beliau mampu memperoleh bekalan ayam mentah mencecah sekitar 60 hingga 100 ekor sehari untuk dijual kepada pelanggan di gerainya di Pasar Tok Guru, Pengkalan Chepa.
"Bagaimanapun, sejak sehari dua lalu hampir kesemua peniaga di sini mengalami kekurangan bekalan ayam mentah, memandangkan pembekal dan pemborong mengehadkan jumlah ayam kepada kami iaitu hanya sekitar 20 hingga 30 sekor sahaja dibenarkan.
"Malah, lagi membebankan apabila bekalan ayam yang diperoleh daripada mereka juga dibeli dengan modal yang sudah besar, sekali gus memaksa kami (peniaga) untuk menjual ayam kepada pembeli dengan harga sekitar RM10.30 sekilogram," katanya.
Seorang lagi peniaga Wan Mustaqim Wan Mohd Zulkifli, 32, berkata beliau juga kebingungan dan tidak mengetahui punca sebenar yang menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ayam mentah sehingga tiga kali ganda berbanding kebiasaan.
"Disebabkan perkara itu juga beberapa peniaga juga telah mengambil keputusan tidak berniaga kerana buntu untuk memperoleh bekalan ayam mentah.
"Malah, sekiranya ada (bekalan) ia juga terpaksa dijual pada harga yang mahal memandangkan kami membeli daripada pembekal dan pemborong juga pada harga yang tinggi iaitu sekitar RM8 sekilogram berbanding sebelum ini pada harga RM5 hingga RM6 sekilogram," katanya.
Seorang pembeli Nafisah Mohd Hanifa, 44, berkata beliau kecewa apabila hasrat untuk membeli ayam di beberapa gerai di sekitar kawasan Sabak dan Pengkalan Chepa gagal, kerana tiada bekalan.
"Bukan sahaja di kawasan Pengkalan Chepa tetapi, ahli keluarga saya yang berniaga di Kota Bharu juga memberitahu bekalan ayam juga tiada di pasar Kota Bharu.
"Mujurlah, saya berjaya memperoleh bekalan akhir ayam mentah di Pasar Pengkalan Chepa ini walaupun harga yang dijual agak mahal, namun saya terpaksa membelinya. Saya terus membeli lima ekor, kerana khuatir bekalan akan terputus selain turut risau harga akan melambung naik lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata, pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa negeri telah dijalankan di beberapa pasar raya dan pasar utama di daerah ini termasuk Pasar Pengkalan Chepa.
Katanya hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati harga ayam mentah di beberapa pasar raya dan juga gerai ayam di tepi jalan merekodkan harga tertinggi ia dijual pada harga RM8.50 sekilogram.
"Manakala, di pasar Pengkalan Chepa, Kota Bharu terdapat enam penjual ayam yang menjual ayam mentah dengan harga RM10.30 sekilogram. Harga jualan tersebut lebih mahal berbanding premis lain kerana tidak termasuk di bawah kategori ayam standard.
"Perkara ini akan dipantau oleh KPDNHEP Kelantan dari semasa ke semasa untuk memastikan harga pasaran ayam mentah kekal berpatutan selain bekalan kepada peniaga juga mencukupi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021
Peniaga mendakwa kekurangan bekalan ayam berlaku sejak dua hari lalu. - Gambar fail
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Bekalan, harga ayam stabil - Mohamad Sabu
Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.
Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
Kartel: Bekalan ayam cukup sehingga Ramadan, Aidilfitri - Mohamad Sabu
Jaminan itu disuarakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Penamatan subsidi ayam: Tiada kenaikan harga di tiga negeri pada hari pertama
Menerusi tinjauan pada Rabu, KPKM juga mendapati bekalan bahan mentah itu juga stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.
Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang - DVS
DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.
Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas.
Ramadan, Aidilfitri: KPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi
Bekalan ayam dan telur ayam dijamin mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.