Pembekuan perolehan: MINDEF mohon pertimbangan jika kesiagaan ATM terjejas

Mohamed Khaled (dua, kiri) pada Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) hari ini. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan memohon pertimbangan kerajaan untuk meneruskan perolehan aset tertentu sekiranya pembekuan semasa didapati menjejaskan operasi dan tahap kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ringkasan AI
- MINDEF memohon pertimbangan kerajaan untuk teruskan perolehan aset tertentu jika pembekuan semasa ganggu operasi dan tahap kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menegaskan keutamaan MINDEF pada kelangsungan operasi pertahanan negara.
- Pembekuan perolehan oleh MINDEF dan KDN dilakukan bagi penilaian dan penambahbaikan tadbir urus perolehan kerajaan, tetapi MINDEF akan memohon pertimbangan khusus jika pembekuan itu menjejaskan keupayaan ATM.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata ATM melaksanakan operasi berterusan bagi menjaga keselamatan perairan strategik negara, termasuk Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu, selain kawalan sempadan darat serta maritim dengan lima negara jiran.
"ATM juga mempunyai penugasan berterusan di pulau-pulau sepanjang pantai timur Sabah bagi menangani ancaman keselamatan dari selatan Filipina. Semua ini merupakan operasi aktif yang dilaksanakan secara berterusan," katanya.
Mohamed Khaled menegaskan sebarang keputusan perolehan akan dibuat dengan mengutamakan keperluan operasi semasa serta kepentingan keselamatan negara.
Pembekuan semua perolehan oleh MINDEF dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas sebagai sebahagian langkah penilaian dan penambahbaikan tadbir urus perolehan kerajaan.
"MINDEF memahami keperluan kerajaan untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban, namun aspek kesiagaan pertahanan tidak boleh dikompromi. Jika pembekuan ini memberi kesan langsung kepada keupayaan ATM, kita akan mengemukakan permohonan khusus untuk pertimbangan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) sekiranya pembekuan perolehan aset menjejaskan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM)? A: MINDEF akan memohon pertimbangan kerajaan untuk meneruskan perolehan aset tertentu yang diperlukan untuk menjaga kesiagaan dan operasi ATM.
- Q: Apa yang ditekankan oleh Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkaitan dengan keutamaan MINDEF dalam hal perolehan aset? A: Mohamed Khaled menegaskan bahawa keutamaan MINDEF adalah kelangsungan operasi pertahanan negara, dan sekiranya perolehan aset penting, mereka akan merujuk kepada kerajaan untuk keputusan lanjut.
- Q: Apakah kawasan operasi utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang disebutkan oleh Mohamed Khaled? A: Mohamed Khaled menyebut bahawa ATM menjalankan operasi di perairan strategik seperti Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulawesi, Laut Sulu, serta kawalan sempadan darat dan maritim dengan negara jiran.
- Q: Mengapa semua perolehan oleh MINDEF dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dibekukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim? A: Pembekuan perolehan dilakukan sebagai sebahagian daripada langkah penilaian dan penambahbaikan tadbir urus perolehan kerajaan bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban, tetapi MINDEF akan memohon pertimbangan khusus jika pembekuan itu memberi kesan terhadap keupayaan operasi ATM.
- Q: Apakah yang dimaksudkan oleh Mohamed Khaled apabila beliau menyatakan bahawa "aspek kesiagaan pertahanan tidak boleh dikompromi"? A: Mohamed Khaled menegaskan bahawa walaupun pentingnya ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam tadbir urus perolehan, keselamatan dan kesiagaan pertahanan negara tetap menjadi keutamaan dan tidak boleh dikompromi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

