MALAYSIA
Pembelaan akan failkan hujahan baharu kes bunuh Zaharif
Hakim turut menetapkan 1 dan 2 Oktober depan bagi mendengar penghujahan penuh daripada kedua-dua pihak kes membabitkan Mohd Nazri yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi dua tahun lalu. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes melibatkan pegawai kanan polis, Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh seorang remaja lelaki dua tahun lalu, akan memfailkan hujahan bertulis baharu.
Ringkasan AI
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, membenarkan permohonan tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz memaklumkan bahawa hujahan terdahulu tidak menumpukan kepada Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan seperti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Menurut Afzainizam, walaupun dalam ucapan pembukaan pendakwaan pada 5 November 2024 telah dinyatakan bahawa kes akan dibuktikan mengikut Seksyen 300(c) dan 300(d), namun hujahan bertulis pembelaan hanya memberi fokus kepada Seksyen 300(c).
“Jadi pembelaan perlu failkan hujahan baharu yang menyentuh isu pengetahuan tertuduh terhadap tindakan yang membahayakan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 300(d).
“Ini penting supaya tidak timbul isu undang-undang sekiranya kes ini dibawa ke peringkat rayuan nanti,” katanya kepada pemberita sebaik selepas prosiding mahkamah pada Rabu.
Mahkamah membenarkan penangguhan bagi memberi ruang kepada pihak pembelaan memfailkan hujahan baharu dalam tempoh enam minggu, manakala pihak pendakwaan diberi masa empat minggu selepas itu untuk mengemukakan jawapan balas.
Hakim menetapkan 1 dan 2 Oktober depan untuk mendengar hujahan penuh daripada kedua-dua pihak.
Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan membunuh jika perbuatan dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan dan kecederaan itu lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian.
Sementara itu, Seksyen 300(d) merujuk kepada perbuatan yang dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian, walaupun tanpa niat membunuh secara langsung.
Pasukan pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani, manakala Mohd Nazri diwakili pasukan pembelaan terdiri daripada peguam M Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.
Terdahulu, Athimulan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya perlu menyemak semula keseluruhan hujahan yang telah dikemukakan sebelum ini.
“Hujahan bertulis kami memang merangkumi Seksyen 300(c) dan 300(d), tetapi ia lebih tertumpu kepada 300(c).
“Kini, memandangkan pihak pendakwaan bergantung kepada Seksyen 300(d), maka perlu ada semakan semula hujahan,” katanya.
Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Disember 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sebat tidak kurang daripada 12 kali. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Permohonan Hujahan Baharu oleh Pihak Pembelaan: Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan permohonan pembelaan untuk memfailkan hujahan bertulis baharu berikutan hujahan asal tidak meneliti Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan seperti yang dikemukakan pihak pendakwaan.
- Penangguhan dan Tarikh Baharu Perbicaraan: Pembelaan diberi masa enam minggu untuk kemukakan hujahan baharu, manakala pendakwaan akan membalas dalam empat minggu selepas itu. Hujahan penuh akan didengar pada 1 dan 2 Oktober.
- Pertuduhan Terhadap Pegawai Polis: Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian seorang remaja lelaki pada 15 Disember 2023 dan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara panjang dan sebatan.
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, membenarkan permohonan tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz memaklumkan bahawa hujahan terdahulu tidak menumpukan kepada Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan seperti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Menurut Afzainizam, walaupun dalam ucapan pembukaan pendakwaan pada 5 November 2024 telah dinyatakan bahawa kes akan dibuktikan mengikut Seksyen 300(c) dan 300(d), namun hujahan bertulis pembelaan hanya memberi fokus kepada Seksyen 300(c).
“Jadi pembelaan perlu failkan hujahan baharu yang menyentuh isu pengetahuan tertuduh terhadap tindakan yang membahayakan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 300(d).
“Ini penting supaya tidak timbul isu undang-undang sekiranya kes ini dibawa ke peringkat rayuan nanti,” katanya kepada pemberita sebaik selepas prosiding mahkamah pada Rabu.
Mahkamah membenarkan penangguhan bagi memberi ruang kepada pihak pembelaan memfailkan hujahan baharu dalam tempoh enam minggu, manakala pihak pendakwaan diberi masa empat minggu selepas itu untuk mengemukakan jawapan balas.
Hakim menetapkan 1 dan 2 Oktober depan untuk mendengar hujahan penuh daripada kedua-dua pihak.
Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan membunuh jika perbuatan dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan dan kecederaan itu lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian.
Sementara itu, Seksyen 300(d) merujuk kepada perbuatan yang dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian, walaupun tanpa niat membunuh secara langsung.
Pasukan pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani, manakala Mohd Nazri diwakili pasukan pembelaan terdiri daripada peguam M Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.
Terdahulu, Athimulan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya perlu menyemak semula keseluruhan hujahan yang telah dikemukakan sebelum ini.
“Hujahan bertulis kami memang merangkumi Seksyen 300(c) dan 300(d), tetapi ia lebih tertumpu kepada 300(c).
“Kini, memandangkan pihak pendakwaan bergantung kepada Seksyen 300(d), maka perlu ada semakan semula hujahan,” katanya.
Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Disember 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sebat tidak kurang daripada 12 kali. -- Sinar Harian

#pegawai polis
#dituduh bunuh remaja
#Mohd Nazri Abdul Razak
#Muhammad Zaharif Affendi
#terkini
#hujahan bertulis