MALAYSIA
Pembelaan awam kes jenayah, pendamping guaman elemen baharu dalam RUU Bantuan Guaman - Azalina
Azalina pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 akan memberi kemudahan bantuan guaman bagi kes jenayah dan pendamping guaman bagi kes melibatkan kanak-kanak.
Ringkasan AI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara tersebut merupakan antara elemen penambahbaikan dalam RUU berkenaan untuk memastikan proses keadilan yang lebih saksama kepada semua.
“Bantuan guaman yang kita hendak utarakan oleh Kerajaan MADANI ini meliputi bantuan bagi kes sivil, syariah dan jenayah.
“Seterusnya, apabila melibatkan kanak-kanak dalam kes penderaan seksual, sebagai contoh, saya sebut mengenai pendamping guaman yang bermaksud seorang peguam pendamping akan dirujuk kepada kanak-kanak itu dengan segera.
“Ini kerana kita ambil kira situasi keluarga yang berada dalam keadaan tidak tahu perkara yang perlu dilakukan; buat laporan polis, dapatkan laporan doktor. Mereka tidak tahu hak yang ada, perkara yang perlu dilakukan jika keluarga beri tekanan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Selain itu, Azalina berkata RUU baharu ini juga memberi penekanan kepada proses mediasi melalui khidmat pengantaraan. Antara lain, perundangan ini memperuntukkan pengantara boleh mengendalikan sesi pengantaraan melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Apa-apa penyelesaian atau persetujuan yang telah diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani secara elektronik adalah mengikat dan boleh direkodkan di mana-mana mahkamah.
“Saya sebagai bekas peguam melihat tidak semua kes perlu masuk mahkamah. Kadang-kadang banyak kes sivil dan syariah boleh diselesaikan melalui pengantaraan. Kadang-kadang orang malu untuk masuk mahkamah kerana prosiding terbuka dan mendedahkan cerita peribadi kepada awam,” ujarnya.
Pada Isnin, Dewan Rakyat meluluskan RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam yang bertujuan memperluas akses kepada keadilan serta menstruktur semula sistem bantuan guaman sedia ada supaya lebih cekap dan menyeluruh.
RUU berkenaan bertujuan memansuhkan Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26) dengan cadangan untuk menaik taraf khidmat bantuan guaman dalam prosiding jenayah dengan menamakannya semula sebagai khidmat pembelaan awam.
RUU itu juga bagi memperkenalkan dua nama jawatan baharu, iaitu Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam.
Ringkasan AI
- RUU ini merangkumi bantuan guaman bagi kes sivil, syariah dan jenayah, serta memperkenalkan khidmat pendamping guaman khusus untuk kanak-kanak dalam kes penderaan dan situasi berisiko. RUU ini memperkenalkan proses mediasi yang boleh dijalankan secara jarak jauh, dengan persetujuan bertulis secara elektronik yang sah dan boleh direkodkan di mahkamah. Akta Bantuan Guaman 1971 dimansuhkan dan diganti dengan sistem baharu yang lebih cekap, termasuk pengenalan jawatan Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam untuk memperkukuh pelaksanaan pembelaan jenayah.