awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly

Bernama
Bernama
01/02/2025
21:00 MYT
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Adly berkata pembelian pesawat pejuang tersebut adalah bagi menambah aset dimiliki TUDM sekali gus memperkukuh lagi pertahanan negara. - Foto fail/BERNAMA
ALOR GAJAH: Pembelian 30 pesawat pejuang jenis F/A-18C D Hornet terpakai dari Kuwait dijangka dimuktamadkan tahun ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
Beliau berkata perkara itu selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
"Setakat ini perolehan 30 pesawat berkenaan di peringkat akhir perbincangan selepas KAF memberi lampu hijau, selepas kedua-dua pihak bersetuju pada dasarnya dengan hasrat kita ingin mendapatkan segera peawat tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hi-Tea dan penyampaian Ganjaran Hilang Upaya kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Penyayang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah di sini pada Sabtu.
Adly berkata pembelian pesawat pejuang tersebut adalah bagi menambah aset dimiliki TUDM sekali gus memperkukuh lagi pertahanan negara.
Beliau berkata tindakan membeli pesawat pejuang tersebut tidak merugikan negara, kerana ia masih boleh digunakan untuk satu tempoh lama.
"Ada keperluan mendesak kenapa perlunya pembelian pesawat pejuang terpakai milik KAF itu berbanding pembelian baharu yang perlu menunggu satu tempoh masa yang tidak dapat ditentukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembelian pesawat
#pesawat pejuang
#Kuwait
#hornet
#Adly Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan