KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Beliau berkata kajian berhubung rang undang-undang itu telah selesai dijalankan pada 1 Okt lepas dan kini di peringkat persediaan.
"Kerajaan sangat peka dengan keperluan warga emas dan kita telah membuat kajian untuk mewujudkan satu akta khusus untuk warga emas," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Fadhlina Sidek yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu undang-undang khas berkaitan pembelaan dan perlindungan warga emas yang terkait rapat dengan pengabaian.
Sementara itu, Siti Zailah dalam sidang medianya berkata dalam menuju ke status negara tua pada 2030, pihak kementerian menyasarkan untuk mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bagi setiap Parlimen di seluruh negara.
"Sehingga Ogos 2021, seramai 49,675 warga emas telah berdaftar dengan 143 buah PAWE sedia ada di seluruh negara dan tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan pertambahan 10 lagi PAWE baharu.
"Pihak kerajaan juga berhasrat menyediakan 222 buah PAWE dengan satu Parlimen akan mempunyai satu PAWE dan setakat ini 131 kawasan Parlimen telah mempunyai PAWE," katanya.
Mengenai sambutan Bulan Keluarga Malaysia yang akan disambut pada 6 Nov ini dengan tanda pagar #KeluargaMalaysia dan slogan 'Kita Kan Keluarga Malaysia', beliau berkata sambutan itu akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam suasana norma baharu.
"Sambutan ini diadakan bagi menggalakkan masyarakat untuk mengutamakan keluarga agar nilai-nilai murni dan kasih sayang dapat dipupuk dalam kalangan generasi muda terhadap keluarga mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Siti Zailah berkata kajian berhubung rang undang-undang itu telah selesai dijalankan pada 1 Okt lepas dan kini di peringkat persediaan. - Gambar fail
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
Pembentangan Rang Undang-Undang Warga Emas dijangka tahun depan
Rang Undang-undang Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.