KUALA LUMPUR: Kerajaan yang berkesan adalah kerajaan yang mampu melaksanakan janji dan memenuhi kehendak rakyat.
Namun begitu, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zahid berpendapat, penilaian keberkesanan hanya boleh dilakukan jika kerajaan mempunyai hala tuju yang jelas.
"Sesiapapun yang dipilih mengisi jawatan Kabinet, kena ada hala tuju dan sasaran. Tanpa hala tuju, kerajaan seolah-olah bergerak tanpa matlamat, jadi sudah tentu rakyat tidak boleh membuat penilaian.
"Mereka juga perlu mempunyai integriti yang tinggi, amanah dan bertanggungjawab. Sama juga, jika tiada hala tuju, semua perkara ini tidak boleh dinilai.
"Saya percaya semua pemimpin yang bakal dilantik mempunyai pengalaman, tetapi perlu diingatkan, menjadi pemimpin dalam era pandemik ini berbeza dan lebih mencabar," katanya kepada Astro AWANI.
Pentadbiran juga dilihat akan mampu berjalan dengan lebih teratur dengan pelantikan individu yang mempunyai pengalaman profesional dalam bidang tersebut.
"Adalah lebih baik jika perdana menteri betul-betul mengenali orang yang dilantik, tahu pengalaman, kemampuan dan latar belakangnya. Dengan cara ini mereka lebih tersusun dalam melaksanakan semua perancangan.
"Tetapi perlu diingatkan setiap perancangan atau dasar memerlukan integriti bagi membolehkan ia dilaksanakan dengan baik. Jadi di sinilah pentingnya politikal will kerana ia akan membantu memudahkan setiap perancangan direalisasikan.
"Majlis Pemulihan Negara (MPN) contohnya, akan dapat berfungsi dengan baik jika semua 222 ahli Parlimen berganding bahu, bekerjasama sebagai pemimpin yang mengetuai 32 juta rakyat Malaysia," tambahnya.
Dalam masa yang sama, beliau juga berharap semua pemimpin yang bakal dilantik lebih terbuka dan tidak takut berdepan dengan rakyat.
"Ini zaman digital, rakyat mempunyai kebebasan untuk meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial. Mereka ada platform yang besar untuk bersuara.
"Jadi pemimpin tak boleh takut. Jangan berselindung di sebalik jawatan, tetapi kena berani berhadapan dengan rakyat.
"Guna peluang ini, ambil pandangan rakyat untuk tambah baik aspek pentadbiran," katanya lagi.
Pembentukan Kabinet baharu menjadi perbincangan hangat sejak pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, selain usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi mengesahkan keabsahan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Madiha Abdullah
Mon Aug 23 2021
Tanpa hala tuju, kerajaan seolah-olah bergerak tanpa matlamat, menyukarkan rakyat untuk membuat penilaian. - Bernama
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.