awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke

Bernama
Bernama
07/02/2025
10:15 MYT
Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Anthony Loke berkata tindakan seumpama itu bersifat sementara apabila berlaku suatu insiden kemalangan. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tindakan seumpama itu bersifat sementara apabila berlaku suatu insiden kemalangan.
"Saya rasa tidak (jejaskan projek) dan kerja-kerja ECRL diteruskan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Untuk rekod, kemajuan keseluruhan projek ECRL yang merangkumi Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor sudah mencapai 78.5 peratus setakat bulan lepas.
TNB sebelum ini mengarahkan pemberhentian kerja berkenaan susulan sebuah helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan melakukan siasatan lanjut mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Nahas pada 10.39 pagi itu mengorbankan jurutera warga Indonesia, Finsen Reskey Sembiring, 27, akibat terkena libasan bilah kipas pesawat manakala juruterbang helikopter berkenaan yang juga rakan senegara terselamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter
#Bentong
#Anthony Loke
#ECRL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan