awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bakal dilaksanakan, kata Perdana Menteri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/09/2021
06:31 MYT
Pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bakal dilaksanakan, kata Perdana Menteri
Menurut Perdana Menteri, pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan dilaksanakan selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara mencapai 80 peratus. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bagi golongan rentan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, langkah itu akan dilaksanakan selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara mencapai 80 peratus.
Jelas Ismail Sabri, keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi.
Selain itu, tambah beliau, dos ketiga itu juga akan meliputi individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).
“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19 yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.
“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini,” jelas Ismail Sabri dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
[TERKINI] Kerajaan setuju laksanakan pemberian dos ketiga COVID-19
Perdana Menteri berkata, kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 serta pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
BACA: Kerajaan peruntuk RM416.7 juta untuk Pakej Penjagaan COVID-19 bagi B40 - PM
Topic Berkaitan
#Dos ketiga vaksin
#COVID-19
#PM Ismail Sabri
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan