MALAYSIA
Pemberian khas 40 peratus hasil Sabah bukan sandiwara politik - PM Anwar
Anwar (foto) menegaskan kerajaan tidak menipu rakyat Sabah berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah dan akan menyelesaikannya secara telus. -Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak menipu rakyat Sabah berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah, sebaliknya komited menyelesaikannya secara telus dan menyeluruh.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mengulangi komitmen Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai hak 40 peratus itu.
Beliau berkata isu tersebut bagaimanapun telah dipolitikkan pihak lawan, khususnya pembangkang, sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
"Pembangkang kata kerajaan buat rayuan, maknanya ia tidak betul. Pilihan raya bukan tempat untuk menipu. Ada parti yang sebelum ini berada dalam kerajaan, dalam kabinet, pun tahu bahawa apa yang kita rayu hanyalah berhubung alasan penghakiman.
"Kita tidak merayu mengenai 40 peratus. Peguam Negara juga telah menjelaskan bahawa tiada rayuan terhadap isu ini.
"Saya sendiri menyebut di Parlimen bahawa kerajaan tidak akan merayu mengenai 40 peratus hasil Sabah," katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra PM Sayang Sabah Bersama Pimpinan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid di Padang Kampung Menawo Ulu, di sini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak menipu rakyat Sabah berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah dan akan menyelesaikannya secara telus.
- Anwar menyatakan Kerajaan Persekutuan tidak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkenaan hak 40 peratus itu.
- Beliau menegaskan isu ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, namun tiada rayuan dilakukan berhubung 40 peratus hasil Sabah.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mengulangi komitmen Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai hak 40 peratus itu.
Beliau berkata isu tersebut bagaimanapun telah dipolitikkan pihak lawan, khususnya pembangkang, sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
"Pembangkang kata kerajaan buat rayuan, maknanya ia tidak betul. Pilihan raya bukan tempat untuk menipu. Ada parti yang sebelum ini berada dalam kerajaan, dalam kabinet, pun tahu bahawa apa yang kita rayu hanyalah berhubung alasan penghakiman.
"Kita tidak merayu mengenai 40 peratus. Peguam Negara juga telah menjelaskan bahawa tiada rayuan terhadap isu ini.
"Saya sendiri menyebut di Parlimen bahawa kerajaan tidak akan merayu mengenai 40 peratus hasil Sabah," katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra PM Sayang Sabah Bersama Pimpinan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid di Padang Kampung Menawo Ulu, di sini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah?
A: Anwar menegaskan bahawa kerajaan tidak menipu rakyat Sabah dan komited menyelesaikan isu tersebut secara telus dan menyeluruh. - Q: Mengapakah Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan merayu mengenai hak 40 peratus hasil Sabah?
A: Anwar menyatakan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkenaan hak 40 peratus itu tidak akan dirayu oleh Kerajaan Persekutuan. - Q: Bagaimanakah isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah dipolitikkan oleh pihak pembangkang?
A: Isu tersebut dipolitikkan oleh pihak pembangkang, khususnya sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. - Q: Siapakah yang telah menjelaskan bahawa tiada rayuan terhadap isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah?
A: Peguam Negara telah menjelaskan bahawa tidak ada rayuan terhadap isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah. - Q: Di manakah Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah?
A: Anwar menyebut mengenai komitmen Kerajaan Persekutuan pada Program Ramah Mesra PM Sayang Sabah Bersama Pimpinan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid di Padang Kampung Menawo Ulu.
#Anwar Ibrahim
#pemberian khas 40 peratus hasil Sabah
#bukan sandiwara
#tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu