MALAYSIA
Pemberian khas Sabah: Jabatan Peguam Negara akan teliti alasan penghakiman
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bulan lalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengesahkan menerima alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung tuntutan pemberian khas negeri Sabah bagi tahun 1974 hingga 2021, pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata akan meneliti secara mendalam alasan penghakiman tersebut serta mempertimbangkan semua aspek perundangan yang berkaitan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bulan lalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.
Keputusan itu disampaikan Hakim Datuk Celestina Stuel Galid yang menyifatkan pemberian khas dibuat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah sebagai “tidak sah, ultra vires dan tidak rasional,” serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Kes tersebut dimulakan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) pada Jun 2022, apabila badan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar kegagalan kerajaan Persekutuan menegakkan hak hasil Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.