Bekas Presiden Badan Peguam Ambiga Sreenevasan berkata pemberian suaka politik oleh Sweden ke atas aktivis politik, Ali Abdul Jalil mencerminkan keadaan sebenar negara kita.
Beliau juga menggesa kerajaan memikirkan sebab mengapa Ali yang melarikan diri ke negara itu, merasakan dia perlu meninggalkan Malaysia.
"Soalnya kenapa dia merasakan bahawa dia perlu tinggalkan (negara), dan saya rasa kerajaan perlu mula memikirkan persoalan itu," kata Ambiga pada forum 'Freedom of Expression' sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia.
Ali melalui laman Facebook miliknya pada Selasa telah mendakwa mendapat kad suaka politik yang menjamin perlindungan daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin, dan tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.
"Sekarang aku pegang kad asylum, bawah undang-undang PBB dan perjanjian Dublin, aku tak tertakluk di bawah undang-undang UMNO dan Sultan," katanya seperti yang dipetik dari laman Facebooknya itu.
Sebelum itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin melalui Twitterya telah menyelar Ali sebagai respon terhadap 'penganugerahan' suaka politiknya itu.
Kenyataan Khairy itu telah mendapat kritikan pelakon dan pengarah Instant Cafe Theater, Jo Kakuthas yang menyifatkan kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu sebagai 'amat menganggu'.
"Bahasa sebegini amat menganggu kerana ia datang dari ahli politik... dan ia tidak harus digunakan kerana jika seseorang itu berkata ia adalah haknya untuk membuat pilihan tersebut, dan ia harus dihormati," katanya.
Suaka politik merupakan keadaan di mana seseorang yang dianiaya di negaranya sendiri mendapat perlindungan oleh negara berdaulat yang lain di bawah PBB.
Ali sebelum ini menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook.
Beliau juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan kemudiannya pada 29 September.
Dia kemudiannya melarikan diri ke Stockholm, Sweden selepas berjaya keluar dari Malaysia menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Danok.
Terbaru, pasport Ali dan juga penulis blog kontroversi, Alvin Tan telah dibatalkan dan kini kedua-dua individu tersebut sudah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata langkah itu perlu dibuat sebagai amaran kepada individu yang melanggar undang-undang negara serta mengeluarkan kenyataan kontroversi.
Selain itu, mereka juga diminta hadir di Jabatan Imigresen Malaysia atau Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat untuk menyerahkan pasport masing-masing.
Penarikan pasport Tan dan Ali merupakan kes pertama dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia.
Haider Yutim
Fri Dec 12 2014

Ambiga berkata kerajaan perlu mula memikirkan persoalan mengapa Ali lari ke Sweden.

Ekonomi | PETRONAS catat kerugian bersih RM21 bilion
Dalam pada itu, Tengku Muhammad Taufik berkata, PETRONAS masih mampu untuk membayar dividen sebanyak 18 bilion ringgit kepada kerajaan, seperti mana diumumkan dalam Belanjawan 2021. Namun, beliau berkata, jika ada permintaan tambahan, Lembaga Pengarah akan melihat kemampuan syarikat, termasuk Capex, Opex, dan pembayaran hutang. Buat masa ini, beliau berkata, petronas masih belum terima sebarang permintaan untuk mengeluarkan dividen khas kepada kerajaan, khususnya untuk membantu menangani COVID-19

Pembangunan | Guizhou atasi kemiskinan dengan infra berkualiti
Dedikasi pentadbiran Wilayah Guizhaou di barat daya China terhadap kualiti pengangkutan dan pendidikan bagi menghapuskan kemiskinan kini mula membuahkan hasil. Sistem lebuh raya yang mencecah jarak 2,600 kilometer kini menjadi pemangkin kepada ekonomi dan pembangunan luar bandar.

Rempuh kereta | Polis tembak kereta, pemandu enggan berhenti
Seorang lelaki, akhirnya ditangkap, selepas kejadian cubaan melarikan diri dan merempuh kenderaan lain berkali- kali dalam cubaan melarikan diri. Polis kini masih memburu seorang lagi lelaki. Kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam dan tular di media sosial, sejak petang tadi.

Vaksinasi COVID-19 | Penduduk Hong Kong mula terima suntikan
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan. Semua yang terlibat dalam fasa terawal itu menerima dos pertama di pusat komuniti dan klinik pesakit luar di seluruh Hong Kong.
![[TERKINI] AMMB Holdings selesaikan RM2.83 Bbilion [TERKINI] AMMB Holdings selesaikan RM2.83 Bbilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892690/31570730741614345775145_640x360.jpg)
[TERKINI] AMMB Holdings selesaikan RM2.83 Bbilion

AWANI Ringkas: Penguatkuasaan Akta 446 tidak akan ditangguh | PETRONAS catat kerugian bersih RM21 bilion

Top Glove | Mohon disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong
Top Glove Corporation Berhad memohon untuk disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong. Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata ia akan mengekalkan penyenaraiannya di Bursa Malaysia dan Singapura.

Aktiviti pertanian | Kebakaran Hutan Ke Cameron Highlands
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak tidak menolak kemungkinan kebakaran lebih 12 hektar kawasan hutan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands berpunca daripada aktiviti pertanian. Cuaca panas dan kering sejak beberapa minggu lalu memburukkan lagi situasi di lokasi kejadian.

PKPD | Dua lokaliti di Sabah dan satu lokaliti di Sarawak
Kerajaan setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sabah dan satu lokaliti di Sarawak. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, tiga lokaliti itu adalah kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah serta penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak bermula 27 Februari hingga 12 Mac nanti.

ASEAN | Menteri Ekonomi ASEAN bincang fokus pemulihan
Menteri Ekonomi ASEAN bakal memulakan perbincangan berkait perkembangan pemulihan pasca COVID-19 melibatkan usaha diperingkat domestik dan serantau. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan berkata perbincangan itu akan dilakukan sewaktu persidangan Menteri Ekonomi ASEAN ke 27 bermula 2 hingga 3 Mac ini.

Wisma Putra masih buat pengesahan Ali ditahan Interpol
Wisma Putra masih membuat pengesahan tentang laporan yang mengatakan aktivis politik, Ali Abdul Jalil telah ditahan polis antarabangsa (Interpol).

KDN nafi Ali Abdul Jalil tiba di Malaysia tengah hari ini
KDN hari ini menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini.

Pemberian suaka ke atas Ali cerminkan keadaan negara - Ambiga
Ambiga Sreenevasan berkata pemberian suaka politik oleh Sweden ke atas aktivis politik, Ali Abdul Jalil mencerminkan keadaan sebenar negara kita.

Alvin Tan, Ali Abdul Jalil diminta serahkan pasport masing-masing
Blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil diminta hadir di Jabatan Imigresen Malaysia atau Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat untuk menyerahkan pasport masing-masing.

Malaysia tiada hasrat mohon ekstradisi Alvin Tan, Ali Abdul Jalil
Ahmad Zahid Hamidi yakin Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil, yang kini berada di luar negara untuk mendapatkan perlindungan politik, akan pulang ke tanah air suatu hari nanti.

Perlembagaan Persekutuan membolehkan kewarganegaraan Alvin, Ali dilucutkan
Keputusan kerajaan untuk menarik balik pasport antarabangsa penulis blog seks, Alvin Tan dan aktivis bebas, Ali Abd Jalil, lebih banyak suara muncul untuk turut melucutkan taraf kerakyatan mereka.

Pasport Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dibatal serta-merta
Pasport penulis blog, Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil akan dibatalkan secepat mungkin dan kini sudah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia.