awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda dijangka selesai seminggu lagi - KDEBWM

Bernama
Bernama
30/12/2021
11:58 MYT
Pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda dijangka selesai seminggu lagi - KDEBWM
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Ramli Mohd Tahir (kiri) ditemui media mengenai status operasi pembersihan pasca banjir oleh KDEBWM di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) memerlukan kira-kira seminggu lagi untuk menyelesaikan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, yang setakat ini telah mencapai 35 peratus.
Pengarah Urusannya Ramli Mohd Tahir berkata Taman Sri Muda menjadi tumpuan pihaknya memandangkan kawasan itu paling teruk terjejas, selain mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
"Taman Sri Muda ini amat luas iaitu ada 9,071 buah rumah dan 179 kilang, serta kita menganggarkan setiap rumah memerlukan satu tong sampah RORO (roll on roll off) untuk mengeluarkan sampah pascabanjir mereka, jadi saya berharap semua penduduk dapat bersabar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Sri Muda hari ini.
Beliau berkata pihaknya mula melakukan kerja pembersihan setelah air surut dan laluan dibuka bagi jentera pembersihan serta kutipan sejak 25 Dis lepas dan sehingga kini, kira-kira 5,000 tan sampah berjaya dikeluarkan.
Ramli berkata pihaknya bekerja dari awal pagi hingga 12 tengah malam, melibatkan 90 buah lori dan lebih 400 pekerja pembersihan serta beberapa jentera pengaut, bagi melancarkan dan mempercepatkan proses pembersihan di kawasan tersebut.
Selain Taman Sri Muda, beliau berkata KDEBWM turut memberi tumpuan pada kawasan kritikal lain termasuk Padang Jawa di Shah Alam, Taman Sri Nanding dan Sungai Lui di Hulu Langat, Kampung Bukit Lanchong di Subang Jaya dan Bukit Changgang di Kuala Langat.
Katanya, proses pembersihan di kawasan-kawasan berkenaan juga memerlukan tempoh seminggu lagi dan secara keseluruhan, syarikat itu telah mengutip lebih 22,000 tan sampah pascabanjir di seluruh Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDEB Waste Management
#KDEBWM
#kerja pembersihan pascabanjir
#banjir
#taman sri muda
#Ramli Mohd Tahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan