MALAYSIA
Pembiayaan PTPK berasaskan impak sebenar perkukuh ekosistem TVET negara
Sri Ganes memberitahu, perubahan itu tidak harus dilihat sebagai ancaman, sebaliknya sebagai peluang pembaharuan untuk menyelesaikan isu-isu legasi yang sudah lama membelenggu sektor TVET. - Gambar SGC
KUALA LUMPUR : Pembiayaan berasaskan impak sebenar oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dilihat sebagai satu langkah transformasi untuk memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.
Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganes memberitahu, perubahan itu tidak harus dilihat sebagai ancaman, sebaliknya sebagai peluang pembaharuan untuk menyelesaikan isu-isu legasi yang sudah lama membelenggu sektor TVET.
Menurutnya, PTPK melaksanakan penstrukturan semula program latihan dengan membahagikannya mengikut aras impak.
Program berimpak tinggi itu katanya, diberi keutamaan, diikuti program intermediate, manakala sesetengah program yang tidak memenuhi kriteria dibiayai secara terhad atau tidak dibiayai langsung.
“Langkah ini diambil untuk memastikan setiap pembiayaan memberikan pulangan sosial dan ekonomi yang nyata.
“Pembiayaan tidak wajar diberikan tanpa menilai kesan sebenar terhadap pelatih dan keperluan industri, menjadikannya pendekatan yang profesional, mampan dan berkesan bagi menjamin keberhasilan pelaburan negara dalam bidang kemahiran,” katanya di sini baru-baru ini.
Sri Ganes mengulas demikian kepada kenyataan aktivis sosio-ekonomi, Nordin Abdul Malek yang menyifatkan TVET berada dalam krisis dan memerlukan revolusi struktur, bukannya Suruhanjaya TVET atau ahli-ahli Majlis TVET Negara yang gagal memainkan peranan sebagai penasihat yang berkesan.
Malah Nordin turut mendakwa Kementerian Sumber Manusia gagal mengurus pinjaman PTPK dengan baik.
Mengulas lanjut, Sri Ganes berkata, pada masa sama penyedia latihan perlu memastikan pelatih memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian.
“Ini penting untuk menjamin kadar bayaran balik pinjaman serta memastikan program yang dibiayai benar-benar memberi hasil.
“Pelatih yang gagal mendapat pekerjaan hanya menjadi peminjam tanpa pulangan, yang seterusnya menjejaskan sistem secara keseluruhan,” ujarnya.
Selain itu, beliau menjelaskan negara-negara maju seperti China menjenamakan institusi TVET mereka sebagai High-Impact TVET Institutions yang menjadi pemacu teknologi, inovasi dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
“Malaysia disaran mencontohi langkah ini untuk memastikan pusat latihan tempatan mampu melahirkan tenaga kerja yang kompetitif, inovatif dan relevan dengan tuntutan pasaran global, ujarnya lagi.
“Kami menyambut baik langkah berani oleh Kementerian Sumber Manusia dan PTPK dalam memperkenalkan dasar baharu ini.
“Tindakan ini membuktikan komitmen mereka untuk memastikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam memperkukuh ekosistem TVET.
Malah, peruntukan bagi sektor TVET dalam Belanjawan 2026 juga meningkat dengan ketara, berjumlah RM 7.9 bilion, termasuk RM 650 juta diperuntukkan kepada program kemahiran dibiayai PTPK yang memfokuskan kepada bidang pertumbuhan tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV) dan semikonduktor.
“Kami memberi kredit penuh kepada Kementerian Sumber Manusia dan PTPK atas keberanian dan kecekapan dalam mengemudi hala tuju ini yang amat penting untuk masa depan tenaga kerja negara.
Terdahulu, Sri Ganes menerima watikah pelantikan pegawai bersekutu, Lefternan Kolonel (Bersekutu) pada majlis Perhimpunan Setia Angkata Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan 2025 di Putrajaya, baru-baru ini.
Watikah itu adalah sebagai menghargai sumbangan beliau dalam memperkukuh keupayaan APM melalui pembangunan kepakaran dron, latihan bertauliah serta pengenalan teknologi yang telah meningkatkan kecekapan operasi dan keselamatan pasukan di lapangan.