GADGETS
Pembinaan bangunan terpanjang dunia The Line dilaporkan bermasalah
Rekaan asal sepanjang 170 kilometer dan setinggi 500 meter itu didapati melanggar hukum fizik serta tidak praktikal dari sudut seni bina. -Foto Amanz
ARAB Saudi dilapor akan mengecilkan skala projek mega The Line di Neom susulan pelbagai cabaran teknikal dan kewangan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut laporan Financial Times, rekaan asal sepanjang 170 kilometer dan setinggi 500 meter itu didapati melanggar hukum fizik serta tidak praktikal dari sudut seni bina.
Fasa pertama pembinaan Hidden Marina telah dimulakan, menampilkan pelabuhan kapal dan gerbang gergasi dengan lampu candelier bersaiz mega.
Namun, jurutera mendapati struktur candelier tersebut tidak boleh dibina kerana akan bergoyang secara berterusan sehingga berisiko musnah sendiri.
Kos keseluruhan projek kini melonjak kepada lebih $4.5 trilion, berbanding anggaran asal sekitar $1 trilion.
Ini menjadikan The Line sebagai antara projek paling mahal dalam sejarah moden, melebihi 10 kali ganda KDNK Malaysia 2024.
Selain itu, pembinaan fasa Hidden Marina sahaja dijangka menggunakan sehingga 20 peratus keperluan keluli global, sekali gus memberi tekanan kepada pasaran bahan binaan dunia.
Disebabkan faktor kos dan cabaran teknikal, perancangan asal untuk membina 20 modul sepanjang 16 kilometer telah dikecilkan kepada hanya tiga modul.
Modul ini akan menempatkan pelabuhan, kawasan kediaman dan stadium tertinggi dunia yang dirancang untuk digunakan semasa Piala Dunia FIFA 2034.
Projek The Line bukan satu-satunya yang berdepan masalah. Projek ski mewah Trojena, yang dijadual menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia 2029, kini berdepan risiko kelewatan dan manipulasi kos, manakala pusat peranginan Sindalah masih belum dibuka kepada umum walaupun telah dilancarkan secara eksklusif pada Oktober tahun lalu.
Kesemua projek ini merupakan sebahagian daripada usaha Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk mengubah imej Arab Saudi daripada negara pengeluar minyak kepada destinasi pelancongan dan teknologi utama dunia. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Arab Saudi mengecilkan skala projek mega The Line di Neom akibat cabaran teknikal dan kewangan.
- Rekaan asal projek melanggar hukum fizik serta tidak praktikal dari sudut seni bina, menyebabkan kos meningkat hingga $4.5 trilion.
- Projek The Line turut menghadapi cabaran seperti kelewatan dan manipulasi kos, sebahagian daripada usaha Arab Saudi untuk transformasi menjadi destinasi pelancongan dan teknologi global.
Menurut laporan Financial Times, rekaan asal sepanjang 170 kilometer dan setinggi 500 meter itu didapati melanggar hukum fizik serta tidak praktikal dari sudut seni bina.
Fasa pertama pembinaan Hidden Marina telah dimulakan, menampilkan pelabuhan kapal dan gerbang gergasi dengan lampu candelier bersaiz mega.
Namun, jurutera mendapati struktur candelier tersebut tidak boleh dibina kerana akan bergoyang secara berterusan sehingga berisiko musnah sendiri.
Kos keseluruhan projek kini melonjak kepada lebih $4.5 trilion, berbanding anggaran asal sekitar $1 trilion.
Ini menjadikan The Line sebagai antara projek paling mahal dalam sejarah moden, melebihi 10 kali ganda KDNK Malaysia 2024.
Selain itu, pembinaan fasa Hidden Marina sahaja dijangka menggunakan sehingga 20 peratus keperluan keluli global, sekali gus memberi tekanan kepada pasaran bahan binaan dunia.
Disebabkan faktor kos dan cabaran teknikal, perancangan asal untuk membina 20 modul sepanjang 16 kilometer telah dikecilkan kepada hanya tiga modul.
Modul ini akan menempatkan pelabuhan, kawasan kediaman dan stadium tertinggi dunia yang dirancang untuk digunakan semasa Piala Dunia FIFA 2034.
Projek The Line bukan satu-satunya yang berdepan masalah. Projek ski mewah Trojena, yang dijadual menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia 2029, kini berdepan risiko kelewatan dan manipulasi kos, manakala pusat peranginan Sindalah masih belum dibuka kepada umum walaupun telah dilancarkan secara eksklusif pada Oktober tahun lalu.
Kesemua projek ini merupakan sebahagian daripada usaha Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk mengubah imej Arab Saudi daripada negara pengeluar minyak kepada destinasi pelancongan dan teknologi utama dunia. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab utama Arab Saudi mengecilkan skala projek mega The Line di Neom?
A: Projek tersebut dilaporkan mengalami pelbagai cabaran teknikal dan kewangan, termasuk rekaan yang melanggar hukum fizik dan tidak praktikal dari segi seni bina. - Q: Berapakah anggaran kos keseluruhan projek The Line kini berbanding dengan anggaran asal?
A: Kos keseluruhan projek The Line kini melonjak kepada lebih $4.5 trilion berbanding dengan anggaran asal sekitar $1 trilion. - Q: Mengapa struktur candelier yang dirancang untuk projek Hidden Marina tidak dapat dibina?
A: Jurutera mendapati struktur candelier tersebut tidak praktikal kerana akan bergoyang secara berterusan sehingga berisiko musnah sendiri. - Q: Berapakah jumlah modul yang akan dibina dalam projek The Line selepas pengecilan skala projek?
A: Perancangan asal untuk membina 20 modul sepanjang 16 kilometer telah dikecilkan kepada hanya tiga modul. - Q: Bagaimanakah projek-projek lain di Arab Saudi seperti Trojena dan Sindalah turut dijangka mengalami cabaran?
A: Projek ski Trojena dan pusat peranginan Sindalah dijangka menghadapi risiko kelewatan, manipulasi kos, dan masalah pembukaan kepada umum walaupun telah dilancarkan secara eksklusif.