awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan depoh perluas pengeluaran getah di Sarawak - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
31/05/2025
14:02 MYT
Pembinaan depoh perluas pengeluaran getah di Sarawak - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar pada Program Pekebun Kecil Makmur dan Sambutan Pra Gawai Peringkat RISDA 2025 di Rumah Panjang Kampung Raeh Baru Batu 27 hari ini. - Foto BERNAMA
SERIAN: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) diminta untuk membina sebuah Depoh Berprestasi Tinggi (DPT) secepat mungkin di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • Ahmad Zahid arahkan RISDA bina Depoh Berprestasi Tinggi (DPT) di Samarahan, Sarawak bagi tingkat kecekapan bekalan getah.
  • Pembinaan DPT dijangka bantu pekebun kecil dalam pemasaran hasil dan kurangkan kebergantungan negara pada import getah.
  • RISDA diberi tanggungjawab tingkatkan pengeluaran lateks tempatan dengan libat urus pekebun kecil seluruh negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pembinaan depoh berkenaan dicadang di kawasan Samarahan.
Beliau berkata melalui pembinaan depoh itu juga diharap mampu meningkatkan kecekapan rantaian bekalan getah di Sarawak dan membantu aspek pemasaran hasil oleh pekebun kecil.
"Buat masa ini kita bercadang untuk membina dua DPT di setiap negeri. Di Sarawak kita akan bina di Samarahan dan satu lagi lokasi kita akan tentukan kemudian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pekebun Kecil Makmur dan Sambutan Pra-Gawai RISDA Sarawak 2025 di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata sebanyak RM6 bilion dibelanjakan setahun untuk mengimport getah bagi memenuhi keperluan industri negara.
Beliau berkata bagi mengurangkan kebergantungan import itu, RISDA diberi tanggungjawab untuk memperkukuh usaha meningkatkan pengeluaran lateks tempatan.
"Buat masa ini, 87 peratus pengeluaran getah negara datang daripada pekebun kecil dan hanya kira kira 13 peratus saja oleh ladang-ladang besar, jadi kebergantungan kita kepada pekebun kecil ini sangat besar.
"RISDA bertanggungjawab mengkoordinasi gerak kerja supaya sesi libat urus bersama persatuan-persatuan pekebun kecil atau pekebun kecil secara individu dapat dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran lateks," katanya.
Buat masa ini Sarawak mempunyai keluasan tanaman getah sedia ada seluas kira-kira 161,000 hektar dengan jumlah pekebun kecil getah mencapai lebih 98,000 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#risda
#Depoh Berprestasi Tinggi
#Sarawak
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan