MALAYSIA
Pembinaan jeti MAWILLA 2 siap Mei 2026 - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled (tengah) mendengar penerangan mengenai pembangunan MAWILLA 2 daripada Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Yusne Mokhtar (dua, kiri) di Pangkalan TLDM Sandakan hari ini. - Gambar Bernama
SANDAKAN: Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) yang dimulakan pada 2022 dengan nilai RM122.9 juta dijangka siap pada Mei tahun depan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata jeti baharu sepanjang 300 meter itu menyokong pengukuhan kesiapsiagaan yang dilaksanakan oleh markas ini.
"Pembinaan jeti MAWILLA 2 ini penting untuk disiapkan, kerana ini merupakan markas yang menjaga soal keselamatan pertahanan laut negara di kawasan Sandakan. Markas ini merupakan markas utama dalam mengawasi lautan negara melibatkan Laut China Selatan, Laut Sulawesi dan juga Laut Sulu.
"Perancangan jeti ini bagi membolehkan ia menampung pertambahan atau penempatan kapal, dengan perancangan awal mempunyai 20 kapal tentera laut bagi memastikan ia dapat melaksanakan operasi secara berkesan, menjaga Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan jeti MAWILLA 2 yang kini mencapai tahap 75 peratus siap, di sini hari ini.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merangkumi elemen udara, laut serta darat bersedia dalam sebarang keadaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
"Tetapi buat ketika ini keadaan baik, yang tidak memerlukan angkatan tentera untuk terlibat secara langsung. Kita hanya menasihatkan supaya perjalanan demokrasi itu perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab.
"Jangan menyebabkan keadaan yang akhirnya boleh menjejaskan keselamatan negara. Musuh negara banyak, apatah lagi kita ada cabaran dari luar yang memang mahu melihat upaya negara dan negeri ini dalam keadaan lemah," katanya lagi.
Mohamed Khaled yang dalam lawatan kerja dua hari di sini sejak semalam turut meluangkan masa meninjau beberapa projek anggota tentera di bawah Program Ekonomi MADANI antaranya tapak pengusahaan madu kelulut serta projek hidroponik sifar karbon pintar.
-- BERNAMA