KUALA LUMPUR: Pembinaan kabel dasar laut di negara ini kebanyakannya tidak melibatkan dana kerajaan, sebaliknya dilakukan oleh pihak swasta menggunakan dana sendiri.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata syarikat yang terlibat melihat pembinaan kabel dasar laut berkenaan mempunyai nilai komersial dan atas dasar itu mereka sanggup membinanya tanpa bergantung kepada dana kerajaan.
"Untuk kabel laut sedia ada termasuk yang asas ataupun sistem kabel East-West dari Mersing ke titik terminasi di Kuching oleh Sacofa Sdn Bhd ... itu semua dana mereka sendiri.
"Kecuali daripada TM (Telekom Malaysia Berhad) yang menggunakan dana TM sendiri dan sedikit dana daripada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menerusi USP (Pemberian Perkhidmatan Sejagat)," katanya.
Teo berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Senator Apandi Mohamad berkenaan jumlah kos dikeluarkan kerajaan dalam pemasangan sistem kabel dasar laut, pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata dana kerajaan pula digunakan untuk menjaga kawasan pedalaman yang tidak mempunyai nilai komersial dan tiada syarikat telco yang berminat untuk melabur membina menara baharu.
"Untuk itu kita guna dana kerajaan daripada USP untuk membina menara baharu di kawasan itu bagi pastikan seluruh Malaysia boleh dijaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Nie Ching berkata syarikat yang terlibat melihat pembinaan kabel dasar laut berkenaan mempunyai nilai komersial. -Gambar fail/Bernama
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Meta akui Facebook, Instagram alami masalah teknikal
Facebook dan Instagram mengalami gangguan teknikal selama dua jam sehingga memberi kesan kepada ratusan ribu penggunanya di seluruh dunia.
Kabel dasar laut: Kerajaan pusat beri lampu hijau Sarawak bincang dengan Singapura
Pelaksanaan projek yang melalui kawasan Indonesia itu, membolehkan Sarawak mengeksport bekalan elektrik sehingga 1,000 megawatt (MW) elektrik.
MOT, KKD dan komuniti teknologi, telekomunikasi bincang pelaburan kabel dasar laut
Bengkel polisi anjuran MDEC dan MyIX turut dihadiri wakil daripada Telekom Malaysia, Time dotCom, Google, Microsoft, Meta dan Amazon Web Services.
Pembinaan kabel dasar laut pelaburan swasta, tidak libat dana kerajaan
Pembinaan kabel dasar laut di negara ini kebanyakannya tidak melibatkan dana kerajaan, sebaliknya dilakukan oleh pihak swasta menggunakan dana sendiri.
Empat kabel dasar laut baharu tampung keperluan rangkaian Malaysia - MenKOMM
Kerajaan sedang melaksanakan penambahan empat kabel dasar laut baharu bagi membantu menampung keperluan rangkaian hubungan di Malaysia, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Wee beri penjelasan berhubung projek kabel dasar laut Facebook
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menafikan bahawa syarikat gergasi teknologi tidak memilih Malaysia dalam perancangannya untuk memasang kabel dasar laut berikutan dasar kabotaj negara.
Kabel dasar laut: Strategi 'selektif' kerajaan punca Malaysia disisihkan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan strategi kerajaan yang selektif untuk menarik pelaburan asing sebagai satu kegagalan.
Facebook, Google rancang bina kabel dasar laut hubungkan Asia Tenggara dan Amerika
Echo dan Bifrost bakal menjadi dua kabel pertama yang dipasang merentangi laluan baharu merentas Laut Jawa.