PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu yang melibatkan 76 peratus kawasan tambakan laut di pulau itu, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mengambil maklum kebimbangan yang disuarakan kerana penebusan kawasan perlindungan marin akan mengakibatkan kemusnahan terumbu karang iaitu habitat penting pelbagai spesies hidupan laut dan juga tarikan utama ke Pulau Tioman, yang diwartakan sebagai Taman Laut.
"Walaupun hasrat pembinaan lapangan terbang baharu adalah untuk menarik lebih ramai pelancong, ia akan merosakkan tarikan semula jadi Pulau Tioman yang akan membawa kepada pelancongan yang tidak mampan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Nik Nazmi berkata NRECC, melalui Jabatan Alam Sekitar, telah selesai melaksanakan proses pameran awal Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi 'Cadangan Pembangunan Sebuah Lapangan Terbang Baharu di Pulau Tioman untuk Operasi Penerbangan Kod 4C Yang Berkeluasan 460.50 Ekar, Tioman, Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur.'
Katanya laporan itu dipamerkan selama 30 hari dari 21 Jun hingga 20 Julai 2023 dan orang awam telah mengemukakan sejumlah 1,412 ulasan dari 21 Jun hingga 4 Ogos lepas.
Nik Nazmi berkata Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA hari ini mendapati cadangan pembinaan lapangan terbang baharu berpotensi memberi impak negatif yang amat ketara kepada kualiti alam sekitar khususnya penerima sensitif di sekitar Pulau Tioman termasuk ekologi marin, jika diteruskan.
Beliau berkata NRECC berpandangan keputusan untuk tidak meneruskan pembangunan lapangan terbang itu selari dengan misi kementerian yang mengutamakan pemeliharaan, pemuliharaan dan penggunaan sumber asli serta alam sekitar secara optimum dan bertanggungjawab.
"Keputusan ini juga secara tidak langsung mencerminkan usaha kerajaan dalam mengimbangi kepesatan pembangunan dengan kelestarian alam sekitar demi mencapai kemampanan dan menjamin kesejahteraan negara," katanya.
Pada 27 April 2003, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis berkata projek berkenaan akan dimulakan pada tahun itu juga sebaik sahaja EIA selesai dijalankan namun pada 7 Mac 2009, media melaporkan cadangan tersebut dibatalkan.
Bagaimanapun, semasa pembentangan Belanjawan 2018, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan kajian pembinaan lapangan terbang baharu itu di Kampung Genting dengan sebahagian landasan di kawasan perairan manakala bakinya di daratan untuk pesawat bersaiz besar seperti Boeing 737 memandangkan lapangan terbang sedia ada di Kampung Tekek hanya mengendalikan penerbangan sewa khas dan hanya membawa kira-kira 12 penumpang pada satu-satu masa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Beliau berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mengambil maklum kebimbangan yang disuarakan. - Gambar fail/BERNAMA
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Tukun gerabak LRT pertama di Pulau Tioman
Pulau Tioman menjadi pulau pertama di negara ini melabuhkan tukun tiruan gerabak sistem transit aliran ringan (LRT) yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR).
Sultan Pahang zahir hasrat jadikan Pulau Tioman pulau contoh
Sejajar pengumuman Pulau Tioman sebagai Pulau Tenaga Hijau, Sultan Pahang menzahirkan harapan menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau contoh.
Kerajaan Pahang dalam proses pengambilan tanah naik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman
Kerajaan Negeri Pahang menerusi Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri dalam proses permohonan pengambilan tanah bagi menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman.
Pembinaan lapangan terbang baharu Pulau Tioman tidak diteruskan - Nik Nazmi
Mesyuarat Jemaah Menteri secara dasarnya bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman baharu.
Agong tinjau proses naik taraf Jeti Pulau Tioman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman.
Tambang feri penduduk Pulau Tioman RM20 sehala mulai Januari
Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan.
UMP, TDA meterai MoU di dasar laut
Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha membangunkan organisasi terutama dalam hal-hal berkaitan penyelidikan, pembangunan, dan program bersama komuniti di Tioman.
Pulau Tioman masih selamat dikunjungi
Ribut hanya berlaku satu hingga dua jam dan selepas itu hanya tinggal angin dan ombak yang tidak berbahaya.
Agong berkenan berangkat ke Program Ziarah Kasih di Pulau Tioman
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang hari ini.
Hanya pelancong yang sudah buat tempahan sahaja dibenarkan ke Pulau Tioman
Pelancong yang ingin mengunjung ke Pulau Tioman diwajibkan membuat tempahan bilik selain lengkap dua dos vaksin COVID-19 sebelum dibenarkan ke pulau peranginan tersebut.