KLUANG: Pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) sudah mencapai kemajuan sebanyak 92 peratus setakat ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata PLBEGJB yang terdiri daripada 11 stesen itu dijangka siap menjelang 2025.
"Keseluruhan projek ini memang memerlukan tempoh masa yang lama dan banyak kali dilanjutkan untuk disiapkan terutamanya disebabkan COVID-19 jadi terlewat tetapi kini ia berjalan lancar.
"Apabila siap barulah kami buat percubaan sebelum beroperasi sepenuhnya.
"Kami harap projek ini dapat disiapkan dalam kadar segera supaya landasan ini dapat menghubungkan antara Johor Bahru sampai ke Kuala Lumpur hingga ke Padang Besar," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik bagi pembinaan Kluang Heritage Railway Linear Park di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Projek landasan berkembar sepanjang 192 kilometer itu, akan melalui 11 stesen dengan tren berkuasa 25,000 voltan bergerak selaju 140 kilometer sejam dengan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral adalah 3 jam 30 minit.
MoU antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Majlis Perbandaran Kluang (MPK), SIPP-YTL JV dan Think City Sdn Bhd adalah bagi pembangunan Kluang Heritage Railway Linear Park meliputi taman rekreasi yang akan dibina di bawah jejambat kereta api di sini sepanjang hampir tiga kilometer.
Loke berkata menerusi perjanjian itu, RAC akan bertindak selaku pemilik tanah kereta api, MPK sebagai pihak berkuasa tempatan, SIPP-YTL JV pula adalah kontraktor landasan berkembar, manakala Think City akan menjalankan program berkaitan tanggungjawab sosial korporat masing-masing.
"Projek ini akan menggunakan tanah sedia ada yang berada di bawah jejambat kereta api. Apabila konsep ini diilhamkan dan dibentangkan kita rasa memang berbaloi untuk kita mempertimbangkannya kerana tanah (kosong) itu memang tak boleh dibiarkan kerana memerlukan penyelenggaraan apabila ada semak samun.
"Ia akan bagi impak yang sangat positif kepada penduduk tempatan dan menaikkan imej Kluang sebagai bandar unik bukan sahaja ada kereta api tetapi ada taman rekreasi dan ia juga akan jadi produk pelancongan sekali gus menjana peluang perniagaan," katanya.
Menurut beliau pembinaan taman rekreasi itu telah diwartakan dalam Rancangan Tempatan MPK 2030 yang berhasrat untuk mengubah landskap persekitaran kawasan tersebut sekali gus mewujudkan jaringan hijau dan menyokong pembangunan rendah karbon.
"Dalam masa terdekat, saya akan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu supaya projek ini (apabila siap akan) dinamakan ikut nama Tuanku kerana Tuanku seorang yang berminat dengan kereta api malah baginda juga boleh memandu kereta api," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023

Pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) sudah mencapai kemajuan sebanyak 92 peratus setakat ini. -Facebook Anthony Loke
ASEAN25: Mohamad bertemu Setiausaha Agung ASEAN
Meteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn di Putrajaya pada Khamis.

Pemandu lori didakwa memandu bawah pengaruh dadah, sebabkan kematian kanak-kanak Singapura
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak warga Singapura.
Hong Kong permudah kemasukan pelawat ASEAN
Hong Kong mengumumkan pelaksanaan rasmi program memudahkan kemasukan pelawat dari 10 negara ASEAN.
Maritim Malaysia atur gerak aset laut, kerjasama dengan Filipina
Maritim Malaysia menggerakkan aset bagi menangani jenayah rentas sempadan dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memperkukuh kawalan.
Masjid Istiqlal santuni ribuan jemaah semasa iftar
Masjid Istiqlal menyantuni ribuan jemaah setiap hari dalam majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Presiden Brazil kunjungi Vietnam minggu depan
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula Da Silva dilaporkan akan melakukan kunjungan rasmi ke Vietnam minggu depan, membawa bersama beberapa delegasi perniagaan.
PM Thailand arah tindakan tangani jerebu teruk di Chiang Mai
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra menggesa semua agensi berkaitan untuk segera meningkatkan langkah-langkah bag menangani masalah jerebu teruk yang mencemari udara di Chiang Mai.
Kira-kira 100,000 mangsa masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar
Kira-kira 100,000 mangsa sindiket penipuan masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar.

Saman fitnah: Lokman Adam mohon maaf secara terbuka kepada Rosli Dahlan
Rosli failkan saman berhubung penyiaran video yang mendakwa beliau mengaut keuntungan secara tidak sah daripada wang berkaitan usaha pemulihan aset 1MDB.

Jefri Ngadirin Pengarah MSN baharu bermula 4 April
Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu.

Kabinet setuju meterai perjanjian pencarian MH370 dengan Ocean Infinity
Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian dengan syarikat Ocean Infinity dari United Kingdom (UK) untuk meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370.

Aidilfitri: Batal lesen syarikat bas ekspres jika naikkan tambang - Loke
Kementerian Pengangkutan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen mana-mana syarikat bas ekspres yang sengaja menaikkan harga tambang bagi kategori ekonomi.

PM Anwar ucap tahniah kepada barisan kepimpinan baharu CEC DAP
Anwar berharap barisan kepimpinan baharu itu dapat meneruskan kerja dengan baik dalam satu pasukan selama tiga tahun lagi.

Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi dan Guan Eng Penasihat DAP
Ini adalah penggal kedua Loke menjawat jawatan berkenaan sejak mengambil alih daripada Lim Guan Eng pada 2022.

Ketiadaan pimpinan BN di Kongres DAP kerana tidak diundang, bukan boikot - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan bahawa kongres kali ini hanya melibatkan komponen PH, dan ini adalah amalan biasa.

DAP akan bantu BN di PRK DUN Ayer Kuning, dulu mereka tolong kita - Loke
Anthony Loke berkata, ia merupakan amalan biasa bagi setiap gabungan politik yang membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pemilihan DAP: Guan Eng tekad tidak akan sesekali tarik diri
Guan Eng menepis khabar angin serta laporan media yang mendakwa beliau akan berundur daripada perebutan jawatan dalam kepimpinan parti.

MOT lanjut pemeriksaan Puspakom 30 hari awal sebelum tamat LKM - Loke
Kementerian Pengangkutan melanjutkan tempoh pemeriksaan berkala kenderaan perdagangan sehingga 30 hari lebih awal sebelum tarikh tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Loke mengingatkan pengendali kenderaan perdagangan untuk menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan masing-masing supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.