awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak
Empat cedera kemalangan dua kenderaan lepas Banjaran Titiwangsa
Gabungan Nasionalis tekad perkukuh martabat bahasa, budaya Melayu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan rumah perlu berkualiti, siap ikut jadual - Sultan Pahang

Bernama
Bernama
11/10/2025
20:45 MYT
Pembinaan rumah perlu berkualiti, siap ikut jadual - Sultan Pahang
Sultan Pahang berharap lebih banyak warga Kuala Lumpur mempertimbangkan untuk memiliki rumah di luar ibu negara, khususnya di kawasan seperti Kuantan dan Bentong. - Gambar hiasan
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya pembinaan setiap rumah di negeri ini perlu berkualiti tinggi dan siap mengikut jadual ditetapkan.
Baginda bertitah kegagalan mematuhi jadual pembinaan boleh menyebabkan peningkatan kos pembinaan sekali gus memberi kesan kepada pembeli rumah projek berkenaan.
"Kalau beli rumah substandard tak bagus, itu ada elemen penipuan, mustahak ada kualiti dan ruang sesuai untuk keluarga. Selain itu, kemudahan Wi-Fi dan solar memberi nilai tambah kepada sesuatu projek.
"Sekiranya rumah tidak siap dalam masa yang ditetapkan, kos akan bertambah, seterusnya membebankan pemaju dan akhirnya caj dikenakan pula kepada pembeli rumah," titah baginda.
Baginda bertitah demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Residensi D'Marina dan Upacara Menandatangani Perjanjian Antara Citaglobal Telecomunication Sdn Bhd dan PR1MA Communications Sdn Bhd di sini pada Sabtu.
Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohamad Nizar Najib dan Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Berhad Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Sementara itu, Sultan Pahang berharap lebih banyak warga Kuala Lumpur mempertimbangkan untuk memiliki rumah di luar ibu negara, khususnya di kawasan seperti Kuantan dan Bentong.
Baginda bertitah dengan adanya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kelak, projek perumahan baharu dijangka dibangunkan di sepanjang laluan berkenaan.
Residensi D'Marina, pembangunan bersama antara Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) selaku pemilik tanah dan Citaglobal Property sebagai pemaju, terletak di lokasi strategik dan dihubungkan melalui Jambatan Tanjung Lumpur dan Jambatan Putra D'Marina.
Sebagai sebahagian daripada usaha Citaglobal untuk memupuk gaya hidup tenaga bersih, setiap rumah di D'Marina Fasa 2B dilengkapi mempunyai kemudahan 'sedia solar' yang membolehkan pemilik rumah memasang panel solar bumbung dengan mudah dan menikmati potensi penjimatan bil elektrik hingga 60 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ECRL
#PR1MA
#Sultan Pahang
#bil elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan