MALAYSIA
Pembonceng motosikal maut digilis lori dalam nahas di Kota Samarahan
Seorang wanita maut selepas digilis lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya, manakala penunggang motosikal cedera parah. -Gambar hiasan
KUCHING: Seorang wanita maut selepas digilis lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 10, Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya, kira-kira 9.45 pagi tadi.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Supt Damataries Lautin berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 32 tahun melanggar bahagian belakang kereta yang berhenti di lampu isyarat.
"Akibat pelanggaran itu, pembonceng motosikal Nur Aisyah Abdullah, 40-an, terjatuh ke lorong kiri jalan sebelum digilis lori yang sedang bergerak lurus, menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
"Penunggang motosikal Rayven Roman mengalami cedera parah, manakala pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara cuai.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang wanita maut selepas digilis lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya, manakala penunggang motosikal cedera parah.
- Kemalangan berlaku apabila motosikal melanggar belakang kereta di lampu isyarat, menyebabkan pembonceng terjatuh ke lorong kiri dan digilis lori yang sedang bergerak.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara cuai.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Supt Damataries Lautin berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 32 tahun melanggar bahagian belakang kereta yang berhenti di lampu isyarat.
"Akibat pelanggaran itu, pembonceng motosikal Nur Aisyah Abdullah, 40-an, terjatuh ke lorong kiri jalan sebelum digilis lori yang sedang bergerak lurus, menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
"Penunggang motosikal Rayven Roman mengalami cedera parah, manakala pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara cuai.
-- BERNAMA

#wanita maut digilis lori
#nahas tiga kenderaan
#Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya
#Nur Aisyah Abdullah