awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembubaran Parlimen, PRU15 tidak jejas sambutan Deepavali - PM Ismail Sabri

Bernama
Bernama
24/10/2022
06:23 MYT
Pembubaran Parlimen, PRU15 tidak jejas sambutan Deepavali - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) menikmati juadah ketika menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran (dua, kiri) di Kota Kemuning, hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan kemeriahan sambutan perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata sebelum ini ada kata-kata kononnya pihaknya tidak menghormati sensitiviti dan perasaan masyarakat Malaysia beragama Hindu kerana membubarkan Parlimen untuk diadakan PRU15 dalam tempoh hampir dengan sambutan Deepavali.
"Saya lihat walaupun dalam keadaan musim menghadapi pilihan raya tetapi ia tidak menjejaskan sambutan hari Deepavali. Pembubaran Parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan malah lebih meriah. Jadi saya mengucapkan Deepavali Valthukkal," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC Tan Sri S. A Vigneswaran di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau melihat sambutan perayaan itu tahun ini amat meriah dan melambangkan semangat kekeluargaan Keluarga Malaysia seperti yang sentiasa diidamkannya.
"Inilah sebenarnya keharmonian yang kita perlukan bagi kita meneruskan pembangunan negara," kata beliau.
Ismail Sabri yang tiba pada 11.15 pagi, meluangkan masa lebih satu jam di rumah terbuka Deepavali di kediaman Vigneswaran di Kota Kemuning di sini.
Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#PRU15
#ismail sabri yaakob
#Vigneswaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan