BANGKOK: Pembukaan sepenuhnya sembilan pusat pemeriksaan Thai-Malaysia darat dan laut sejak awal bulan ini akan membantu merangsang pemulihan ekonomi kedua-dua negara selepas pandemik COVID-19.
Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata pembukaan semula pusat pemeriksaan penting itu selepas lebih dua tahun akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.
"Kami menjangkakan bilangan pelancong (ke Thailand dan Malaysia melalui darat dan laut) meningkat secara beransur-ansur. Setahu saya, Malaysia telah memudahkan semua syarat kemasukan, kecuali keperluan untuk mengisi borang pra-berlepas di MySejahtera," katanya.
Menurut beliau dengan beberapa sekatan yang masih dikuatkuasa di Thailand, seperti Pas Thailand dan insurans, ramai pengembara mungkin masih memilih untuk "tunggu dan lihat" sehingga terdapat lebih banyak pelonggaran sekatan atau syarat kemasukan.
"Bagaimanapun, pas sempadan kini boleh digunakan. Saya percaya itu akan menggalakkan pemulihan ekonomi kedua-dua negara," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini.
Beliau menambah Malaysia merupakan rakan perdagangan sempadan terbesar Thailand.
Pada masa ini, kesemua sembilan pusat pemeriksaan sempadan, termasuk dua pusat pemeriksaan feri dibuka semula iaitu Padang Besar (Perlis) -Songkhla, Wang Kelian (Perlis)-Wang Prachan (Satun), Bukit Kayu Hitam (Kedah)-Sadao (Songkhla), Durian Burung (Kedah)-Ban Prakop (Songkhla), Rantau Panjang (Kelantan)-Sungai Kolok (Narathiwat), Bukit Bunga (Kelantan) Ban- Bukheta (Narathiwat), Bukit Berapit-Betong (Perak-Yala), Pengkalan Kubor (Kelantan)- Tak Bai (Narathiwat), Jeti Kuah- Jeti Tammalung (Satun).
Pada Mac 2020, kerajaan Thai menutup kesemua sembilan pusat pemeriksaan Thai-Malaysia darat dan laut berikutan pandemik global untuk mengekang penularan COVID-19.
Sepanjang tempoh itu, semua warganegara Thailand dan warga asing dilarang masuk atau keluar dari negara itu melalui darat atau laut.
Warganegara Thailand dan Malaysia hanya dibenarkan pulang ke negara masing-masing melalui udara.
Ketika itu, satu pos pemeriksaan darat atau laut di setiap wilayah yang ditetapkan bersempadan dengan Malaysia akan dibuka untuk mengangkut barangan merentasi sempadan Thailand.
Pada 2021, jumlah perdagangan sempadan Thailand dan Malaysia berjumlah 627.7 bilion baht, dengan eksport Thailand ke Malaysia tahun lepas meningkat 42.62 peratus kepada 346.6 bilion baht manakala importnya dari Malaysia meningkat 18.44 peratus kepada 281.1 bilion baht.
Sementara itu, Jojie menasihatkan rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand mematuhi syarat kemasukan terkini, termasuk keperluan untuk memohon Pas Thailand, dan mempunyai insurans yang meliputi perbelanjaan rawatan COVID-19.
"Rancang perjalanan anda dengan baik dan sediakan semua dokumen yang diperlukan terlebih dahulu; simpan salinan cetak bersama anda, ia mungkin perlu.
"Saya juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk terus mematuhi langkah-langkah kesihatan awam sedia ada. Thailand masih belum mengisytiharkan COVID-19 sebagai endemik. Justeru, saya berharap rakyat Malaysia dapat menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, dan mengelakkan tempat sesak, jika boleh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Pada masa ini, kesemua sembilan pusat pemeriksaan sempadan, termasuk dua pusat pemeriksaan feri telah dibuka semula, termasuk di Padang Besar-Songkhla. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Misi ditangguh, delegasi Malaysia berlepas pulang
Delegasi Malaysia dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza akan berlepas pulang malam ini.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Ustaz Wan sanggup bina tempat main boling DIY di sekolah kampung
Ustaz Wan mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap sukan boling dan berhasrat untuk turut mengasah bakat anak muridnya.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.