KUALA LUMPUR: AirAsia mengingatkan pengguna perkhidmatannya supaya mematuhi posedur operasi standard (SOP) untuk pengembara antarabangsa memasuki negara ini, susulan pengumuman terkini #ReopeningSafely oleh kerajaan Malaysia.
Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu berkata pengembara tidak perlu memohon MyTravelPass untuk memasuki Malaysia selepas 1 April, 2022, tetapi pengembara asing masih dikehendaki untuk mendapatkan insurans perjalanan dan COVID-19 serta mestilah mematuhi semua protokol kesihatan yang ditetapkan di Malaysia ketika ini.
Menurut kenyataan pada Jumaat itu, sebelum perlepasan, pengembara dikehendaki memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera dan melengkapkan borang praperlepasan menerusi butang "Traveller", menghantar butiran vaksinasi mereka iaitu pengembara yang lengkap divaksinasi akan diberi kad pengembara digital elektronik untuk tujuan daftar masuk di lapangan terbang.
"Pengembara berumur tujuh tahun dan ke atas dikehendaki menjalani ujian PCR dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan memuat naik (keputusan ujian) ke MySejahtera, manakala kanak-kanak yang berumur enam tahun dan ke bawah tidak perlu menjalani ujian praperlepasan.
"Sementara itu, pengembara yang dijangkiti COVID-16 dalam tempoh enam hingga 60 hari sebelum pelepasan, dikehendaki untuk menjalani ujian RTK-Antigen profesional dua hari sebelum berlepas," katanya.
Menurut kenyataan itu, pengembara berusia tujuh tahun dan ke atas dikehendaki mengambil ujian RTK-Antigen yang dibuat secara profesional dalam tempoh 24 jam selepas tiba di Malaysia.
Pengembara dikehendaki mendaftar masuk di pintu masuk ketibaan menggunakan aplikasi MySejahtera dan mereka yangn telah divaksinasi lengkap dan didapati negatif, tidak perlu menjalani ujian lanjutan dan kuarantin selepas tiba di Malaysia.
Bagi pengembara yang meninggalkan Malaysia, AirAsia berkata mereka mestilah memeriksa sebarang sekatan perjalanan terbaharu atau keperluan khas negara destinasi, termasuk dokumen kesihatan seperti sijil ujian negatif COVID-19 dan bukti status vaksinasi penuh.
"Pengembara digalakkan untuk mendaftar secara kendiri di aplikasi AirAsia Super untuk meminimumkan kontak fizikal dan kesesakan di lapangan terbang dan ini dapat dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi tersebut seawal 14 hari sebelum tarikh pelepasan anda.
"Dari 1 April, 2022, AirAsia akan mengehadkan perkhidmatan kaunter daftar masuknya hanya untuk kumpulan tetamu yang mendapat pengecualian di semua lapangan terbang di Malaysia," menurut kenyataan itu.
Tambah AirAsia, pengembara turut digalakkan untuk tiba awal di lapangan terbang supaya mempunyai masa yang cukup untuk melalui semua proses yang perlu dan dikehendaki memakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Pengembara mestilah mematuhi semua protokol kesihatan yang ditetapkan di Malaysia ketika ini. -Reuters
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.