awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhilitan tahan lelaki Bangladesh simpan 100 kura-kura, labi-labi tanpa lesen
Poland pula akan perkenal undang-undang sekat individu bawah 16 tahun layari media sosial
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah, Sarawak hingga 8 malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan Jong Nam: Polis serah Ri Jong Chol kepada imigresen esok

Bernama
Bernama
02/03/2017
08:40 MYT
Pembunuhan Jong Nam: Polis serah Ri Jong Chol kepada imigresen esok
NOOR RASHID: "Kami telah rujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan didapati tidak cukup bukti untuk menuduh Ri Jong Chol di mahkamah." - Foto PDRM
Lelaki warga Korea Utara yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang rakyat negara itu pada 13 Feb lepas, akan diserah kepada Jabatan Imigresen esok bagi proses penghantaran pulang ke negara asal.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan melibatkan Ri Jong Chol, 47, itu dibuat selepas dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
"Kami telah rujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan didapati tidak cukup bukti untuk menuduhnya di mahkamah.
"Oleh itu, polis akan serahkan lelaki itu kepada pihak imigresen esok untuk proses penghantaran pulang ke negara asal," katanya kepada Bernama hari ini.
Jong Chol direman sejak 18 Feb bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol yang dilaporkan secara meluas sebagai Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.
Pada 13 Feb lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.
Jong-nam yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#doan thi huong
#Kang Chol
#kim jong nam
#Kim Jong Un
#North Korea
#Ri Tong Il
#SITI AISHAH
#siti aisyah
#South Korea
#VX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan