Suspek kedua kes pembunuhan Kim Jong Nam, seorang warga Indonesia bernama Siti Aishah, 25, dilapor boleh berbahasa Inggeris dan Korea.
Menurut laporan berita Indonesia Kumparan, ibu suspek, Benah, 50, berkata dia terkejut apabila mengetahui anaknya disyaki terlibat dalam pembunuhan abang tiri Kim Jong Un itu pada Isnin lalu.
"(Siti Aishah) boleh berbahasa Inggeris dan Korea. Dia tidak pernah mengikuti kursus bahasa tetapi mampu belajar daripada percakapan dengan orang lain," katanya ketika ditemu bual Kumparan di kediamannya di Serang, Banten pada Jumaat.
Ujar Benah, dia hanya tahu anak bongsunya itu bekerja menjual pakaian di Batam sebelum bekerja di Jakarta selama tiga tahun.
Ditanya mengenai tujuan anaknya yang sering melawat Malaysia, Benah difahamkan ia sekadar untuk melancong.
"Saya cuma tahu dia ke sana (Malaysia) untuk jalan-jalan," ujarnya.
Berikutan laporan Siti Aishah yang dikaitkan dengan pembunuhan Jong Nam, Benah cuba menghubungi rakan-rakan Aishah namun gagal.
"Dia tidak memberitahu siapakah rakan-rakannya. Nombor telefonnya juga kami tidak tahu," ujar Benah.
Sebelum tinggal di Malaysia, Siti Aishah pernah tinggal di daerah Tambora, Jakarta Barat sekitar tahun 2000.
Dia tinggal bersama suaminya ketika itu Gunawan Hasyim sehingga tahun 2014 sebelum berhijrah di Malaysia.
Kali terakhir Siti Aishah pulang ke rumahnya di Serang, Banten ialah pada 21 Januari lalu.
Benah mengakui hanya dapat tahu berita penglibatan Siti Aishah menerusi bekas besannya yang juga mendapat tahu perkara itu menerusi laporan berita di televisyen.
"Saya pun tidak tahu mahu hubungi siapa. Saya hanya dapat tahu berita ini daripada bekas besan malam tadi," katanya.
Namun, ujar Benah, anaknya itu kerap menghantar wang kepadanya.
"Sering, sebulan Rp 500 ribu, tetapi bukan setiap bulan," katanya.
Sementara itu, bekas mertua Siti Aishah, Lian Kiong @ Akiong berkata Siti Aishah sering bertukar nombor telefon.
"Setahun lalu, cucu saya (anak Siti Aishah) sering menelefon ibunya tetapi tidak diangkat. Nombor telefon bimbitnya sering bertukar-tukar," ujar Akiong yang ditemui Kumparan di kediamannya di Tambora, Jakarta.
Tambahnya, Siti Aishah juga jarang bertanyakan khabar anak lelakinya, Rio, 7, yang berada di bawah jagaan Akiong.
Kali terakhir Akiong dan Siti Aishah berjumpa adalah pada 28 Januari lalu apabila Siti Aishah ke Tambora untuk menemui anaknya itu.
Tan Su Lin
Fri Feb 17 2017

Petikan laporan berita Indonesia Kumparan yang menyebut bahawa ibu suspek Benah terkejut apabila mengetahui anaknya disyaki terlibat dalam pembunuhan abang tiri Kim Jong Un pada Isnin lalu.

Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana
Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.

Rundingan damai di selatan Thailand tetap diteruskan walaupun kerajaan bertukar
Rundingan damai di selatan Thailand adalah agenda nasional dan ia akan diteruskan meskipun kerajaan bertukar.

Pengawal sempadan Taliban, Iran bertempur di sempadan Afghanistan - Laporan
Pasukan Taliban bertempur dengan pengawal sempadan Iran di sempadan Iran-Afghanistan pada Sabtu.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.

Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.

Tanzania sedia mesin layan diri tuala wanita di sekolah awam
Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania

Masyarakat berbudi harus dimulakan oleh barisan pemimpin
Pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.

Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.

MABA hanya benar seorang pemain naturalisasi di Sukan SEA Malaysia 2027
Hanya seorang pemain naturalisasi akan dibenarkan bagi setiap pasukan bola keranjang wanita di Sukan SEA Malaysia 2027.

MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Siti Aishah boleh berbahasa Inggeris, Korea - Ibu
Ibu Siti Aishah, Benah, 50, berkata dia terkejut apabila mengetahui anaknya disyaki terlibat dalam pembunuhan abang tiri Kim Jong-un, Jong-nam, Isnin lalu.