PETALING JAYA: Polis hari ini meneruskan usaha mengesan petunjuk baharu dengan mengambil bukti dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dari rumah mangsa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh.
Tiga anggota polis dari unit forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelihatan memasuki kawasan kediaman Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini kira-kira jam 4.15 petang.
Turut kelihatan ibu bapa kanak-kanak autistik itu, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan.
Selepas hampir 45 minit, proses pengambilan sample DNA dan bukti tersebut dipercayai selesai selepas anggota unik forensik dilihat meninggalkan lokasi berkenaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan diberikan oleh pihak berkuasa atau ahli keluarga mangsa.
Terdahulu, dua ekor anjing pengesan (K9) dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA digerakkan ke sebuah stor milik salah seorang penduduk yang terletak 50 meter dari kediaman mangsa.
Mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira jam 10 malam pada Rabu oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari bersama pihak polis.
Mangsa ditemukan terbaring di tepi anak sungai terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di di Blok R Apartmen Idaman.
Kes kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan semula sebagai bunuh selepas bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.
Hasimi Muhamad
Sun Dec 10 2023
Anggota polis dari unit forensik PDRM kelihatan memasuki kawasan kediaman Apartmen Idaman, Damansara Damai kira-kira jam 4.15 petang tadi.- Foto Astro AWANI
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 keterangan direkod
Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.
Kes Zayn Rayyan: Sebarang tangkapan bergantung kepada proses analisis dan bukti - Mohd Shuhaily
PDRM tidak akan berhenti berusaha untuk menyelesaikan kes tersebut sehingga pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.
KPWKM mahu perkasa program Skuad Waja bagi tingkat kesedaran isu jenayah dalam komuniti
Skuad Waja boleh bertindak sebagai penggerak balas pertama dalam komuniti sekiranya berlaku kes jenayah dan keganasan.
Polis jumpa stoking dalam takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan
Penemuan terbaharu itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi media malam ini.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Air sungai akan disedut, cari petunjuk baharu
Kakitangan JPS dan Unit Forensik Bukit Aman dilihat tiba di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira pukul 11.40 pagi.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Kehadiran orang ramai rumitkan siasatan - Prof Madya Geshina
Ini kerana, setiap individu yang melalui kawasan itu akan meninggalkan kesan yang boleh mengganggu bahan bukti, kata Prof Madya Geshina.
Ibu Zayn Rayyan titip pesanan sayu di Instagram
Luahan hati Ismarina di platform media sosial itu turut disertakan dengan gambar-gambar kenangannya bersama Zayn Rayyan.
Pihak media diminta kosongkan kawasan blok rumah Zayn Rayyan
Kumpulan media tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan perumahan kanak-kanak autistik yang mati dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Forensik masuk kediaman mangsa, kumpul sampel DNA
Polis mengambil bukti dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dari rumah mangsa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh.
Gucci, Ricks jejak bukti pembunuhan Zayn Rayyan
Operasi dimulakan sekitar jam 10 pagi dengan anjing pengesan itu dibawa melakukan pemeriksaan di sebuah stor.