awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan Zayn Rayyan: Forensik PDRM bawa keluar dua kotak, dipercayai berisi bahan bukti

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2023
20:15 MYT
Pembunuhan Zayn Rayyan: Forensik PDRM bawa keluar dua kotak, dipercayai berisi bahan bukti
Dua kotak dibawa keluar selepas hasil pemeriksaan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, pada Selasa.
PETALING JAYA: Dua kotak dibawa keluar selepas hasil pemeriksaan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, pada Selasa.
Kotak berkenaan dipercayai berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang mayatnya ditemui di saliran air dekat kawasan apartmen itu, Rabu lalu.
Lebih 25 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam.
Pemeriksaan didapati tertumpu di tingkat dua dan tiga blok berkenaan yang berketinggian empat tingkat.
Usaha media untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut proses itu terhalang selepas tidak dibenarkan mendekati kawasan mahupun berkumpul di hadapan blok.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, pemeriksaan rumah ke rumah yang dilaksana malam tadi bagi mengumpul bahan bukti yang boleh membantu siasatan kes.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran berdekatan takungan air, 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam 6 Disember lalu.
Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.
Topic Berkaitan
#PDRM
#bedah siasat
#forensik
#Zaynn Rayyan Abdul Matiin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan