KINI-TRENDING

Pemenang #WorldCup 2014, antara analisa di Twitter atau ramalan si Unta?

Adli Effendy 13/07/2014 | 10:55 MYT
Shaheen si Unta telah berjaya meneka dengan tepat bahawa pasukan Belanda akan berjaya menundukkan tuan rumah, Brazil bagi merebut tangga ke-3
Peminat bola sepak dunia kini sedang memilih dan meneka-neka pasukan yang mana diantara #Ger
German
atau #Arg
Argentina
yang bakal dinobatkan sebagai juara Piala Dunia 2014.
Kita sudah pastinya tidak memerlukan kaedah canggih mahupun saintifik untuk menilai siapa bakal pemenang, bagi kami di meja #KiniTrending, kami melihat analisa pada twitter dan ramalan Shaheen Si Unta di YouTube.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Twitter Data pada tweet rasmi mereka sejak 11 Julai lagi telah berkongsi peta grafik yang menunjukkan setiap negara di dunia dengan jumlah ‘mention’ pasukan pilihan pengguna twitter.
Warna biru mewakili Argentina dan merah adalah penyokong Jerman.
Sangat jelas, pengguna twitter dari seluruh dunia lebih memihak kepada skuad Jerman.
Jika sebelum ini, Shaheen si Unta telah berjaya meneka dengan tepat bahawa pasukan Belanda akan berjaya menundukkan tuan rumah, Brazil bagi merebut tangga ke-3, apa pula ramalannya bagi perlawanan akhir esok pagi?
Shaheen nampaknya tidak bersetuju dengan analisa twitter dan dengan yakin memilih Argentina sebagai bakal menjuarai Piala Dunia edisi kali ini.
#Argentina #FIFA #final worldcup #German #OlaBola #shaheen