MALAYSIA
Pemerdagangan manusia: 105 individu termasuk migran, tekong ditahan di Selangor
Shazeli menegaskan, PDRM komited membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Polis menahan 105 individu termasuk migran tanpa dokumen perjalanan sah, selain lapan yang bertindak sebagai tekong serta penjaga premis dalam tiga operasi berasingan awal pagi Isnin di Sekinchan dan Sabak Bernam, di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dalam operasi pertama, kira-kira pukul 2.40 pagi, di sebuah kediaman di Jalan JPT, Sekinchan, empat rakyat asing termasuk seorang wanita dipercayai penjaga premis ditahan.
"Dalam operasi sama, seramai 36 migran tanpa dokumen sah terdiri daripada 14 lelaki dan 22 wanita berusia 21 hingga 56 tahun turut ditahan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Sementara itu, Shazeli memberitahu, dalam operasi kedua kira-kira pukul 2.15 pagi di Jeti Sekinchan, seorang remaja warga asing berusia 19 tahun yang bertindak sebagai pemandu dan tekong darat ditahan, bersama lima lelaki migran tanpa dokumen sah, ketika pemeriksaan di sebuah van.
Dalam pada itu, operasi ketiga di perairan Sabak Bernam pula, kata beliau, polis Marin bersama Task Force Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) memintas sebuah bot kayu jenis pompong tanpa nombor pendaftaran.
"Pemeriksaan ke atas bot itu membawa kepada penahanan seorang tekong bot warga asing berusia 43 tahun, dibantu dua lelaki warga asing sebagai pembantu tekong.
"Turut ditahan ialah 56 migran tanpa dokumen sah termasuk lapan wanita," ujarnya.
Beliau memberitahu, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
Katanya, polis turut merampas 13 unit telefon pintar serta wang tunai berjumlah RM157 dalam operasi tersebut.
Shazeli menegaskan, PDRM komited membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, sambil menyeru orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu usaha pencegahan jenayah berkenaan.