awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily

Bernama
Bernama
13/11/2024
14:18 MYT
Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran. - Gambar fail/Astro AWANI
MELAKA: Graduan berkemahiran teknologi khususnya dalam bidang maklumat dan komunikasi digesa lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia atau scammer yang ingin memanipulasi kemahiran mereka untuk tujuan aktiviti jenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.
"Dapatan saya di lapangan, kita berdepan kes pemerdagangan manusia yang semakin mencabar dan walaupun tidak memerlukan kepakaran tinggi namun mereka tetap memerlukan pakar sekurang-kurangnya yang ada kemahiran asas mengenai sistem dan telekomunikasi.
"Jadi, mereka ini (yang berkemahiran teknologi) juga ada sasarannya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Penguatkuasaan Atipsom 2024 - Awareness to Action: Mobilising Against Human Trafficking and People Smuggling di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu, pelajar lepasan institusi pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pihak menawarkan jawatan bergaji tinggi terutama di luar negara.
"Secara rambang, kita tahu pasaran kerja di sini menawarkan (gaji) permulaan RM1,500 hingga RM2,200 manakala mereka boleh menawarkan RM4,000 hingga RM5,000.
"Jadi ini satu tawaran yang menarik bagi anak-anak muda yang ingin memulakan kehidupan dan secara jelasnya, iklan tidak menunjukkan bahawa mereka akan terlibat dengan judi dalam talian tetapi legit seperti pegawai khidmat pelanggan atau sokongan teknikal," katanya.
Mohd Shuhaily berkata pihak berkuasa juga mendapati ada rakyat Malaysia yang bukan bersekongkol namun mempunyai peranan tersendiri dalam mengajak rakan ke luar negara terutama graduan muda yang ingin memulakan kerjaya dengan tawaran gaji lumayan tanpa menyedari mereka menjadi ahli sindiket.
Beliau berkata tawaran kerja di negara seperti Vietnam, Kemboja, Laos atau Myanmar juga boleh menjadi amaran awal dan perlu disemak oleh golongan yang mencari pekerjaan agar tidak menjadi mangsa penipuan atau pemerdagangan manusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#graduan IT
#pemerdagangan manusia
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan