MALAYSIA
Pemerdagangan manusia: Sembilan warga Indonesia diberkas di Pontian
Sembilan warga Indonesia termasuk seorang transporter dan dua tekong laut serta enam migran, diberkas menerusi Ops Pintas Bersepadu di kawasan Sungai Boh, Serkat, di Pontian hari ini. - Foto hiasan/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sembilan warga Indonesia termasuk seorang transporter dan dua tekong laut serta enam migran, diberkas menerusi Ops Pintas Bersepadu di kawasan Sungai Boh, Serkat, di Pontian hari ini.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata operasi pada 2 pagi itu hasil maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan keluar dan masuk migran ke negara ini menerusi laluan yang tidak diwartakan.
"Kesemua tangkapan berusia 24 hingga 51 tahun termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dan seorang wanita," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata sebuah kereta Proton Wira, bot fiber bersama enjin, lapan telefon bimbit pelbagai jenama serta satu peket hablur kristal disyaki syabu dianggarkan seberat 21.41 gram turut dirampas dalam operasi tersebut.
Nilai rampasan berjumlah kira-kira RM60,000.
Dalam pada itu, beliau berkata ujian air kencing mendapati tiga lelaki iaitu transporter dan tekong laut terbabit didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
-- BERNAMA