[TERKINI] SARA RM100 untuk Warganegara 18 Tahun ke Atas: Tebus Guna MyKad – Baca Panduan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Pemergian Dr Jeyaindran kehilangan besar sektor kesihatan negara

Hasimi Muhamad 20/08/2019 | 04:49 MYT
Dr Jeyaindran dilaporkan rebah awal pagi Isnin dan dibawa ke Jabatan Kecemasan HKL sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi. -Gambar fail
Pemergian mendiang Prof Datuk Seri Dr Jeyaindran Sinnadurai bukan sahaja satu kehilangan besar buat sektor kesihatan negara, malah turut dirasai oleh pelbagai pihak.

Dr Jeyaindran yang merupakan Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dilaporkan rebah awal pagi Isnin dan dibawa ke Jabatan Kecemasan HKL sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan bersedih dengan kehilangan mendiang dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Dr Jeyaindran.

“Saya bagi pihak seluruh warga Kementerian Kesihatan ingin mengucapkan takziah kepada balu, Datin Seri R Sunita dan keluarga mendiang.

“Mendiang adalah seorang yang sangat mengambil berat tentang kebajikan pekerja dan seorang yang berani untuk menyuarakan pandangannya bagi memastikan sistem perkhidmatan kesihatan negara akan terus berkembang maju.

“Berdasarkan interaksi saya bersama kakitangan yang pernah berkhidmat dengan mendiang mendapati mendiang seorang yang tegas dalam urusan kerja tetapi seorang yang sangat mudah didekati dan sentiasa menghargai pandangan yang diberikan oleh setiap warga kerja tanpa mengira gred dan jawatan,” katanya dalam kenyataan di muat naik di Facebook, pada Selasa.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, pemergian mendiang turut memberi kesan kepada Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar, mendiang merupakan antara pakar yang merawat kecederaan bahu dialaminya sebelum ini.

“Salam takziah kepada keluarga Dr Jeyaindran atas pemergiannya awal pagi tadi (hari ini). Semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh dugaan ini,” katanya dalam entri di Facebook.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dr Jeyaindran bersara pada 31 Mei 2018 selepas 38 tahun perkhidmatan di Kementerian Kesihatan.

Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Ketua Kesihatan (Perubatan) dari Mac 2013 hingga Mei 2018 dan Doktor Perunding Kanan di Hospital Kuala Lumpur.

#Anwar Ibrahim #Facebook #Kementerian Kesihatan #Kuala Lumpur #meninggal dunia #Parlimen #Prof Datuk Seri Dr Jeyaindran Sinnadurai