Pemergian Masing: Berat untuk diterima, perjuangannya tetap diteruskan - Snowdan

Shafik Ahmad
November 2, 2021 05:53 MYT
Swondan berkata, pihaknya akan meneruskan legasi dan perjuaangan mendiang kepada Sarawak serta parti.
KUCHING: "Biarpun berat untuk diterima tetapi perjuangan dan legasinya perlu diteruskan,".
Demikian luahan Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan ketika mengulas pemergian mendiang Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyifatkan mendiang Masing ibarat bapa sendiri dan tiada pengganti.
Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin berkata, bimbingan dan nasihat yang diberikan mendiang dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat akan terus terpahat dalam ingatan sekali gus diteruskan.
"Tiada pengganti seperti beliau. Kami (PRS) akan meneruskan legasi dan perjuaangan mendiang kepada Sarawak serta parti.
"Perjuangannya dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama masyarakat Dayak, serta memastikan pembangunan di luar bandar dapat dilaksanakan dilakukan hingga ke akhir hayat,” katanya.
Pada 31 Oktober lalu, Masing dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.05 pagi selepas mengalami komplikasi jantung.
Mendiang sebelum dimasukkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah sebelum disahkan meninggal dunia.
Jasad mendiang kini masih berada di kediamannya di Jalan Ong Tiang Swee sebelum majlis penghormatan akhir dilakukan di Persatuan Gereja Sarawak, Stampin esok.
Sementara itu, upacara pengebumian akan dilaksanakan di Nirvana Memorial Park dekat Siniawan, Bau pada jam 2 petang esok.
#Swondan Lawan #pemergiaan Masing #Masing pejuang Masyarakat Dayak #Parti Rakyat Sarawak