JOHOR BAHRU: Pemergian Datuk Osman Sapian ke rahmahtullah disifatkan kehilangan besar kepada Badan Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Johor.
Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kempas itu merupakan seorang pemimpin yang tegas, namun disenangi rakan politik.
Menerut beliau, jasa Allahyarham sejak penubuhan Bersatu di negeri ini akan dikenang.
"Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Osman yang telah kembali ke rahmatullah.
"Pemergian Allahyarham yang pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersatu Johor ini amatlah dirasai dan merupakan suatu kehilangan besar kepada parti.
"Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang tegas, namun beliau amat disenangi oleh rakan-rakan dalam arena politik serta berdedikasi dalam melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan.
"Sejak daripada awal penubuhan parti Bersatu terutama di negeri Johor, jasa Allahyarham kepada parti amatlah besar. Begitu juga sumbangannya sepanjang menjadi wakil rakyat kepada agama, bangsa dan tanah air," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Menurut Sahruddin, seluruh kepimpinan dan ahli Bersatu Johor mendoakan semoga roh Allahyarham Osman yang juga bekas Menteri Besar Johor Ke-16 dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Dec 22 2021
Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, Allahyarham Osman merupakan seorang pemimpin yang tegas, namun disenangi rakan politik.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
PRN Johor: Beza haluan politik bukan halangan teruskan legasi bapa - Nornekman Osman
Nornekman Osman tekad meneruskan tugas bapanya menabur khidmat kepada rakyat di DUN Kempas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Jenazah Osman Sapian disemadi di Johor Bahru
Jenazah bekas Menteri Besar Johor dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah di Taman Mount Austin pada pukul 4 petang Rabu.
Tiada PRK di DUN Kempas susulan pemergian Osman Sapian - Speaker
Ia berikutan kekosongan kerusi tersebut berlaku lebih daripada tempoh tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung iaitu pada Mei 2018.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Osman Sapian
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang meninggal dunia.
Pemergian Osman Sapian satu kehilangan buat Johor dan Bersatu - Muhyiddin
Pemergian Datuk Osman Sapian satu kehilangan buat Johor dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pemergian Osman kehilangan besar kepada Bersatu
ADUN Kempas itu merupakan seorang pemimpin yang tegas, namun disenangi rakan politik.
Jenazah Osman akan dikebumikan selepas Zohor
Bersatu Johor dimaklumkan mengenai perkara itu daripada keluarga ADUN Kempas terbabit.
Kesihatan Osman Sapian semakin baik - Anak
Keadaan semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif. Beliau masih di HPUPM dalam pemerhatian rapi.
Bekas MB Johor Osman Sapian dimasukkan ke hospital selepas diserang strok
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini semalam selepas diserang strok ringan.
Isu keabsahan Hasni dijangka jadi tumpuan sidang DUN Johor - Osman
Isu keabsahan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dilihat menjadi tumpuan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula esok ( Khamis) hingga 22 Ogos depan.