awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pemergian Tengku Ahmad Rithauddeen kehilangan besar buat negara' - PM

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
30/04/2022
03:07 MYT
'Pemergian Tengku Ahmad Rithauddeen kehilangan besar buat negara' - PM
Ismail Sabri turut akui pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara. - Foto Facebook/Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham, bekas Menteri Pertahanan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.
Dalam satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, Allahyarham bukan sahaja seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan tetapi juga veteran UMNO yang sangat dihormati.
Jelasnya, dalam arena politik, Allahyarham yang dikenali sebagai Ku Deen, pernah menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Ismail Sabri turut akui pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 94 tahun, di kediamannya di Jalan Duta pada 8.43 malam, Jumaat akibat sakit tua.
BACA: Tengku Ahmad Rithauddeen meninggal dunia di usia 94 tahun akibat sakit tua
Anak Allahyarham, Tengku Farith berkata bapanya mengalami strok dua minggu lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan discaj.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Veteran UMNO
#Tengku Ahmad Rithauddeen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan