awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pemeriksaan datang bulan' tidak sepatutnya berlaku - Rina

Bernama
Bernama
23/04/2021
07:54 MYT
'Pemeriksaan datang bulan' tidak sepatutnya berlaku - Rina
Menyiasat pelajar perempuan sama ada datang haid atau sebaliknya merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima pada akal fikiran manusia, kata Rina Harun. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyiasat dan memantau sekolah didakwa melakukan "pemeriksaan datang bulan" terhadap pelajar perempuan semasa bulan Ramadan.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beliau memandang serius perkara itu dan ia tidak sewajarnya berlaku, justeru siasatan akan dijalankan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
"Perkara ini tak wajar dan tak sepatutnya berlaku di sekolah, jadi saya pandang serius, saya akan buat susulan dengan kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan dan MARA supaya perkara ini tak terjadi lagi. Ia amat mengejutkan, tidak boleh diterima pun pada akal fikiran kita," katanya kepada media selepas merasmikan program Srikandi Muda Leadership Empowerment 2021 hari ini.
Semalam, Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menggerakkan siasatan dalaman bagi meneliti dakwaan terdapat sekolah melakukan pemeriksaan sedemikian bagi mengelak pelajar ponteng solat ketika bulan puasa.
Sebelum ini tular di laman Twitter beberapa pelajar mendedahkan amalan pemeriksaan itu terjadi di sekolah, dan mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#datang bulan
#haid
#pelajar perempuan
#Kementerian Pendidikan
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#Rina Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan