awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Isu warga Pakistan peroleh kad pengenalan tular semula, tindakan telah diambil - JPN
DUNIA
[TERKINI] Konflik Israel-Iran: Apa kita tahu setakat ini?
MALAYSIA
Pendakwa raya mohon perintah halang Na'imah urus aset di Jersey
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi

Bernama
Bernama
12/12/2024
21:45 MYT
Sponsor Banner
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Dr Zaliha berkata isu yang dibangkitkan oleh komuniti dan peniaga tempatan itu dikenal pasti sebagai halangan utama kepada pelancongan dan pemulihan ekonomi Labuan. - Foto BERNAMA
LABUAN: Pemeriksaan imigresen yang dilaksanakan di dua terminal feri di Labuan sejak dua tahun lepas mungkin akan dikaji semula berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata isu yang dibangkitkan oleh komuniti dan peniaga tempatan itu dikenal pasti sebagai halangan utama kepada pelancongan dan pemulihan ekonomi Labuan.
“Saya menerima banyak aduan mengenai pemeriksaan imigresen ini dan saya telah sampaikannya kepada Menteri Dalam Negeri.
“Kami sedang berusaha untuk mengadakan perbincangan bersama Ketua Menteri Sabah bagi menilai semula keperluan pemeriksaan di terminal feri Labuan ini,” katanya semasa temu bual eksklusif dengan Bernama sempena ulang tahun pertama beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan.
Dr. Zaliha turut mendedahkan bahawa perbincangan bersama Jabatan Imigresen Malaysia telah diadakan untuk menilai perkara itu.
“Labuan sudah menjadi Wilayah Persekutuan, dan pemeriksaan berterusan imigresen sedang dipersoalkan...bagaimanapun tiada keputusan dibuat setakat ini," katanya.
Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada Sept 2022 mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia melaksanakan kawalan yang lebih ketat di terminal bagi pelancong yang datang ke Sabah dan pemeriksaan itu dikuatkuasakan pada 1 Nov 2022.
Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan langkah itu diambil atas permintaan Sabah, yang bimbang mengenai kemasukan tanpa pemeriksaan ke negeri berkenaan melalui jeti Tanjung Pagar Sipitang, Menumbok, dan Jesselton.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemeriksaan imigresen
#terminal feri Labuan
#dikaji semula
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami